Kpkt Pbt

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara memperkukuhkan langkah penjimatan tenaga segera, selaras usaha kerajaan menangani krisis tenaga global yang semakin mencabar.

Menurut Menteri KPKT, YB Nga Kor Ming, semua 156 PBT perlu lebih proaktif dalam mengoptimumkan penggunaan tenaga di bangunan, fasiliti dan operasi harian tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Aircond Ft

Antara langkah utama yang ditetapkan ialah penetapan suhu minimum penyaman udara pada 24°C, selain amalan penjimatan elektrik seperti mematikan peralatan apabila tidak digunakan serta galakan berpakaian sesuai iklim tropika untuk kurangkan penggunaan penyaman udara.

Turut diperkenalkan ialah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bermula 15 April 2026, bagi mengurangkan penggunaan tenaga di pejabat, penggunaan petrol dan kesesakan lalu lintas.

Artikel berkaitan: Kebahagiaan Rakyat Kini Keutamaan, KPKT Fokus Usaha Perkukuh Kesejahteraan

Artikel berkaitan: Denda RM2,000 & Kerja Amal : Amaran Keras KPKT Buat “Pembuang Sampah” Mulai 2026

KPKT juga menggalakkan penggunaan teknologi hijau seperti panel solar, lampu LED cekap tenaga dan sistem bangunan pintar, selain audit tenaga berkala di bangunan, lampu jalan, pasar awam dan taman rekreasi.

Solar

Selain itu, PBT akan melaksanakan kempen kesedaran kepada komuniti supaya orang ramai turut sama mengamalkan penjimatan tenaga di rumah dan premis perniagaan.

KPKT akan mengeluarkan surat edaran melalui JKT dan memantau pelaksanaan bagi memastikan semua langkah ini dijalankan secara seragam dan berkesan di seluruh negara.

Sumber: KPKT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.