Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui beliau kini sudah memiliki sekitar 200 hartanah yang telah dibeli sejak sekian lama sebagai satu pelaburan jangka masa panjang.
Menurut Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 39, beliau sudah mula membeli rumah pertamanya seawal usia 19 tahun.
“Dulu saya berniaga, saya tak sangka boleh bertahan lama. Saya ingat mungkin satu hari saya akan bankrap.
“Jadi alternatif adalah beli aset, anak pula ramai dan itu buat saya terfikir untuk beli rumah buat anak-anak setiap satu dengan lokasi berbeza,” kongsinya.
Kongsi bapa kepada enam cahaya mata itu, hartanahnya itu merangkumi pelbagai jenis kediaman termasuk kondominium mewah, apartmen serta rumah kos rendah.
Menariknya, jumlah hartanah itu bukan sahaja tertumpu di Malaysia, malah turut melibatkan hartanah di luar negara seperti Indonesia dan juga sebuah unit di London.

Jelas Aliff, rumah-rumah yang dibeli lebih kepada jaminan untuk dirinya dan isteri, termasuk sebagai persediaan hari tua.
“Lagipun saya pantang tengok hartanah, nampak sahaja iklan terpampang di tepi jalan ‘gatal tangan’ nak beli,” katanya.
Artikel berkaitan: “Boleh makan under pressure” – Netizen Terbahak Tengok Gelagat Ammar Ahyan, Selamba Makan Walau Situasi Tengah Kecoh
Artikel berkaitan: Abdul Kadir ‘Lari’ & Tak Jawab Mesej Punca Aliff Syukri Muat Naik Hantaran Soal Hutang Puluhan Juta

Melihat jumlah hartanah yang dimiliki, mungkin ramai yang beranggapan setiap anaknya sudah tersedia rumah masing-masing.
Namun, menurut isterinya, Datin Seri Shahida, mereka mempunyai prinsip tersendiri dalam membesarkan anak-anak. Pasangan ini mahukan anak-anak mereka belajar berdikari dan membina kekayaan sendiri.
“Tetapi soal harta, saya mahu mereka belajar berdikari. Kami dah bagi pelajaran, pendidikan, apa yang patut. Bila besar, saya nak mereka pandai cari harta sendiri.
“Pun begitu kami tetap sediakan kemudahan buat mereka termasuklah kereta untuk ke kolej misalnya atau sediakan bayaran untuk belajar dan sebagainya.
“Cuma tidaklah ditetapkan mana-mana rumah untuk mana-mana anak,” tegasnya.
Dalam pada itu, walaupun memiliki banyak rumah, Aliff turut mengakui beliau ada juga berhadapan cabaran seperti penyewa culas atau lari.
Sumber: Sinarplus

5 hours ago
5






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)

















![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)
