Pengasuh Baby Syifaa Dipenjara Setahun & Denda RM 15,000

14 hours ago 14

Hampir 4 tahun kematian Baby Syifaa, Mahkamah Sesyen Seremban hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun dan denda sebanyak RM15,000 kepada pengasuh bayi terbabit.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim, N Kanageswari terhadap Khairunnisa Ahmad Damamhuri, 41 yang berdepan dengan pertuduhan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berusia 15 bulan itu di sebuah pusat asuhan yang terletak di Bandar Sri Sendayan.

Artikel berkaitan: “Bukan kemalangan” – Mahkamah Putuskan Kematian Baby Syifaa Akibat Kecuaian Pengasuh

Artikel berkaitan: Bapa Baby Syifaa Positif Dadah Ketika Ditahan Kes Seleweng Yuran Guaman

Dalam prosiding ke situ, beliau telah mengarahkan hukuman tersebut bermula pada Isnin dan tambahan penjara lagi 4 bulan seandainya tertuduh tidak membayar denda.

Daalam pada itu, tertuduh juga melaksanakan khidmat masyarakat selama 48 jam selama 6 bulan sejurus sahaja tertuduh menjalani hukuman perjara serta bon berkelakuan baik selama setahun sebanyak RM 5,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga.

Tertuduh yang diwakili oleh peguam S Kavittha sementara pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ku Hayati Ku Haron. Ibu bapa kepada Baby Syifaa iaitu Anida Idrus, 44 dan Yuseri Yusoff, 42 turut hadir dalam prosiding tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Khairunnisa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia 15 bulan iaitu Nour Rania Asyifaa Yuseri kerana telah mengabaikan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Screenshot 2026 03 30 124855

Kesalahan itu dilakukan sekitar jam 12.30 tengah hari yang terletak di Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022. Oleh itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 ataupun kedua-duanya. Pada Julai 2024, Mahkamah Koroner telah memutuskan punca kematian Baby Syifaa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam buaian di asuhannya disebabkan tekanan pada leher.

657270505 1455934476574653 5096594820096810426 N

Koroner, Datin Surita Budin telah membacakan keputusan itu berkata, kematian Baby Syifaa bukan satu kemalangan atau kecelakaan tetapi ia disebabkan tergantung di dalam buaian yang ditinggalkan pengasuh itu.

Dalam masa yang sama, Khairunnisa yang juga saksi ke-19 turut gagal memastikan keselamatan Baby Syifaa. Ini kerana, wanita itu dalam keterangannya sebelum ini akui meninggalkan bayi terbabit tanpa pengawasan berpatutan selama 2 jam.

Seramai 28 saksi telah dipanggil memberikan keterangan termasuk ibu dan bapa Baby Syifaa sepanjang prosiding inkues bermula 22 September 2022. Yuseri pernah mendakwa bahawa anaknya telah dijerut dan bukan meninggal dunia berpunca daripada terjerut kain buaian sebelum membuat permohonan inkues pada 30 Mac 2022 lepas.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |