Status rumah tangga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim dan suaminya, Ahmad Aslam sekali lagi menjadi perhatian apabila pasangan itu dilaporkan hadir ke mahkamah bagi urusan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.
Peguam Syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri mengesahkan bahawa anak guamnya itu didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah sebanyak dua kali.
Artikel berkaitan: Abby Abadi Berangan Ingin Buatkan Majlis Sanding Untuk Marissa Dania
Artikel berkaitan: “Saya bosan” – Marissa Dania Tepis Dakwaan Buat Live Sebab ‘Struggle’ Cari Duit
Walau bagaimanapun, pasangan tersebut dikatakan telah kembali rujuk semula dalam bulan yang sama bagi kedua-dua tarikh lafaz tersebut dibuat. Kehadiran mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin adalah bagi memulakan prosedur tuntutan pengesahan bagi lafaz cerai dan permohonan pengesahan rujuk berkenaan.
“Apabila disebut pengesahan, maka sudah ada lafaz cerai dan rujuk. Sama ada lafaz tersebut sah atau tidak, mahkamah akan putuskan,” jelas Ammar Yaser kepada pihak media.
Menurut peguam itu lagi, permohonan tersebut difailkan oleh Aslam, 27, pada 10 Mac lalu. Beliau turut mengakui bahawa proses kali ini agak rumit memandangkan pasangan tersebut masih belum memiliki sijil nikah fizikal.
Meskipun mahkamah sebelum ini telah pun mengesahkan pernikahan mereka yang berlangsung di Songkhla, Thailand pada tahun 2023, namun sijil nikah masih belum dikeluarkan kerana terdapat beberapa prosedur dan perbicaraan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Ammar Yaser sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai, khususnya pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga supaya sentiasa mengikut saluran undang-undang yang betul bagi mengelakkan komplikasi di kemudian hari.
“Nasihat saya, kalau nak nikah, laksanakan secara betul,” ujarnya ringkas.
Untuk rekod, Marissa yang kini berusia 21 tahun, mendirikan rumah tangga dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua. Kontroversi perkahwinan mereka sebelum ini pernah tular dan mendapat perhatian meluas di media sosial.
Sumber: mStar

15 hours ago
14































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















