Seorang remaja disleksia yang berusia 17 tahun di Johor telah mencuri tumpuan ramai apabila dia mengusahakan gerai menjual air jus tembikai. Apa yang menariknya mengenai gerai jus tembikai yang diusahakan oleh remaja yang dikenali sebagai Zufar ini ialah pelanggan boleh membayar jus tembikai yang dibeli dengan bayaran seikhlas hati.
Difahamkan, gerai jus tembikai yang diusahakan oleh remaja ini turut dibantu oleh adik beradiknya dan difahamkan, kaedah bayaran seikhlas hati itu dibuat kerana remaja itu mengalami keterbatasan untuk mengira dan membaca sekali gus untuk pulangkan baki wang ketika berniaga kerana mengalami disleksia.
@zufar.azmanSaya iklas kakak, abang 🤗
♬ kembali pulang suara kayu piano – Lyn 🤍
Artikel berkaitan: “Undangan dari Allah” – Terkenal Dengan ‘Content’ Cuci Masjid, Pemuda Ini Dapat Tunai Haji Jemputan Arab Saudi
Artikel berkaitan : Peniaga Dipuji Ramai, Mahir Buat Pancake Dengan Pelbagai Motif Kartun Kesukaan Kanak-kanak
Gerai jus tembikai yang diusahakan oleh remaja ini bertempat di Pasir Gudang, Johor.
@johorfoodieDyslexic Teen Sells Pay As You Want Watermelon Juice 📍Taman Air Biru, Pasir Gudang #johorfoodie #foodie #myfoodie #makanlokal
♬ original sound – Johor Foodie – Johor Foodie
Menurut adik beradik remaja itu, gerai jus tembikai tersebut diusahakan sebagai salah satu inisiatif untuk membantu adik mereka yang istimewa untuk berdikari dan memiliki kerjaya sendiri pada masa depan memandangkan remaja ini juga sudah hampir tamat persekolahan.
Sumber: Berita Harian

18 hours ago
14































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















