Ft Dr Malar Alkohol 1

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam sekeras-kerasnya penjualan arak di premis terbuka. Menerusi Threads miliknya, Dr Malar turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar mengharamkan penjualan arak di premis terbuka seperti kedai-kedai runcit, pasar raya dan pusat membeli-belah.

Tegasnya lagi, antara sebab dia menyokong perlaksanaan untuk mengharamkan alkohol adalah kerana ia tidak adil untuk pekerja premis yang beragama Islam terpaksa memegang alkohol demi mencari rezeki.

Artikel berkaitan: “I’m with you” – Platform Threads Dibanjiri Sokongan Moral Buat Dr Malar

Artikel berkaitan: “Nak off social media” – Dr Malar Santhi Sebak, Buat Permohonan Maaf Terbuka Terhadap Faiz Soul

“Saya tak nak bangsa saya mabuk”

Dalam pada itu, Dr Malar yang berbangsa India berani mengatakan bahawa ia bagi mengelakkan kaumnya sendiri daripada mencetuskan masalah.

“Walaupun bunyi macam saya support penganut Islam, sebenarnya saya “tunggang” sebab sebenarnya saya taknak BANGSA saya BANGSA MALAYSIAN-INDIAN beli arak & mabuk & menyusahkan orang!”

Bagaimanapun, Dr Malar mencadangkan agar penjualan arak sepatutnya dibuka pada premis sendiri dan di kawasan berhampiran dengan balai polis. Malah, hadkan umur penjualan arak kepada pelanggan, elak daripada menjual kepada remaja bawah umur.

Screenshot 2026 03 30 164546

Dr Malar berharap agar pihak yang terlibat dapat mempertimbangkan cadangan yang diberikan ini dan menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Dr Malar.

Untuk info, tular kes seorang lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan penunggang motosikal maut di Jalan Raya Barat, Klang.

Pemandu tersebut kini telah direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : Threads, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.