Cuti El Anak Sakit

Cuti kecemasan atau Emergency Leave (EL) sememangnya antara kemudahan yang boleh digunakan pekerja apabila berdepan situasi tidak dijangka, termasuk urusan kecemasan melibatkan keluarga.

Namun, apabila cuti kecemasan terpaksa digunakan beberapa kali atas situasi yang tidak dijangka, ia boleh memberi kesan kepada rakan sekerja lain yang terpaksa menanggung beban kerja ketika ketiadaan individu terbabit.

Itulah apa yang dialami oleh seorang wanita bujang ini yang mendakwa dia terpaksa datang ke tempat kerja kerana rakan sekerjanya yang sudah berkahwin mengambil cuti EL kerana anak tidak sihat.

Perkara itu diluahkan menerusi satu panggilan telefon ke stesen radio Hot FM. Kata wanita terbabit, rakan sekerjanya itu kerap mengambil cuti EL dengan alasan sama iaitu melibatkan anak-anak.

Dakwa wanita terbabit, rakannya itu sudah mengambil cuti selama empat hari pada minggu lalu sebelum sekali lagi mengambil EL hari ini kerana anaknya tidak sihat, menyebabkan dia terpaksa hadir bekerja bagi menggantikan tugas rakannya.

Artikel berkaitan: Hak Undang-undang Yang Anda Perlu Ketahui Sebagai Seorang Pekerja di Malaysia

Artikel berkaitan: “Bermula daripada sebuah kilang” – Sejarah Macam Mana Tercetusnya Kerja 5 Hari Cuti 2 Hari & Waktu Kerja 8 Jam

“Awak tak takut ke cakap macam ni?”

Salah seorang penyampai menegur wanita tersebut dan mempersoalkan sama ada dia tidak risau dengan kenyataan yang dibuat, memandangkan keadaan anak sakit boleh berlaku di luar jangkaan, selain komitmen yang berbeza.

Bagaimanapun, wanita itu menegaskan dia pasti mampu menguruskan masa dengan baik sekiranya berada dalam situasi sama.

“Tak, takde, takde. Saya boleh je uruskan masa saya,” jawabnya.

Luahan wanita itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang memahami situasi wanita itu, namun pada masa mengingatkann bahawa anak sakit sememangnya sukar dijangka.

Sementara itu, ada yang berpendapat pihak syarikat yang sepatutnya perlu lebih bijak mengurus situasi kekurangan pekerja agar beban kerja tidak tertumpu kepada individu tertentu.

Screenshot 2026 08 11 140310

Screenshot 2026 08 11 140323

Screenshot 2026 08 11 140335

Screenshot 2026 08 11 140404

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.