Suspek yang kini sedang diburu kerana mengurung, mendera dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, kelmarin rupanya pernah terlibat dalam kes yang sama iaitu rogol, kurung dan rompak seorang wanita pada 18 tahun lalu.
Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol memaklumkan bahawa suspek telah pun disabitkan dengan kesalahan berkenaan dan menjalani hukuman penjara pada tahun 2008. Difahamkan kesalahan tersebut dilakukan di Pandan Indah pada 15 Disember 2007.
Artikel berkaitan: “Jijik!” – Remaja Lelaki 14 Tahun Dil*wat & Dikurung 3 Jam, Suspek Masih Diburu
Artikel berkaitan: “Bagi air dicampur dadah” – Remaja Dirogol, Diliwat Bergilir-Gilir Oleh Bapa & 3 Abang Kandung!

“Semakan dibuat memang suspek ada rekod jenayah lampau seperti mana dinyatakan dan juga telah terima hukuman.”

Sebelum ini, dilaporkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun didakwa telah dikurung didera dan dipercayai diliwat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning semalam.
Siasatan awal polis mendapat bahawa suspek telah ‘mengumpan’ mangsa dengan mengajak remaja tersebut untuk berbual dengan menawarkan pakej internet untuk telefon bimbit jika mangsa sudi membantunya untuk mengangkat barang ke dalam rumah suspek.
Jelas Ramsat, pihak mereka kini sedang berusaha keras untuk mengesan suspek dan bakal memaklumkan sebarang perkembangan.
Sumber : Berita Harian, X, Threads

1 hour ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















