Di bumi Adat Perpatih, benarlah kata pepatah ‘Raja menobatkan Undang, Undang melantik Raja’, namun adakah muafakat kali ini sedang goyah?
Negeri Sembilan tiba-tiba menjadi tumpuan seluruh negara apabila satu pengumuman mengejut dibuat di Balai Undang Luak Sungei Ujong pada Ahad lalu. Bukan berita biasa-biasa, tapi melibatkan kedudukan tertinggi dalam institusi diraja negeri tersebut!
Undang Yang Empat Isytihar Pemecatan Tuanku Muhriz
Dalam satu sidang media khas, Undang Yang Empat secara rasmi mengisytiharkan pemecatan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.

Empat individu kuat di sebalik pengumuman ini ialah:
- Datuk Klana Petra (Sungai Ujong)
- Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman (Jelebu)
- Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan (Johol)
- Datuk Sedia Raja (Rembau)
Bukan itu sahaja, mereka turut mengumumkan pelantikan Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Jaafar sebagai pengganti yang baharu.
Dakwaan ‘Salah Laku’ Jadi Punca?
Menurut kenyataan tersebut, tindakan drastik ini diambil selepas satu penyiasatan menyeluruh dilakukan. Tuanku Muhriz didakwa terlibat dalam perbuatan salah laku yang dikatakan telah mencemarkan institusi Raja Negeri Sembilan.
Walau bagaimanapun, perincian mengenai “salah laku” tersebut tidak dijelaskan secara spesifik, namun mereka menegaskan tindakan itu dibuat mengikut Perkara 10(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Menteri Besar & Telaga Undang Tampil Melawan!
Artikel berkaitan: “Raya tahun ni, baju setengah tiang” – Fasih BM & Arif 9 Adat, Netizen Kagum Dengan Exco Pelancongan Negeri Sembilan
Artikel berkaitan: Kate Hilang, Cinta Tiga Segi & 5 Kontroversi Terbesar Kerabat Diraja British Sepanjang Zaman
Namun, krisis ini makin rumit apabila Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, tampil menegaskan bahawa pengisytiharan tersebut tidak sah.
Kenapa tak sah? Ini antara sebabnya:
- Datuk Klana Petra (Mubarak) didakwa tidak lagi mempunyai kuasa atau fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong (dikatakan sudah dipecat oleh waris luaknya pada Mac lalu).
- Tindakan tersebut dianggap tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Undang Tubuh Negeri.
- Telaga Undang, Sarifah Norzaidah Al-Qadri, turut menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Besar.
Uniknya Adat Perpatih: ‘Raja Menobatkan Undang, Undang Melantik Raja’
Bagi yang kurang tahu, Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri yang mengamalkan sistem unik di mana Raja (Yang di-Pertuan Besar) tidak diwarisi secara automatik oleh anak sulung, tetapi dipilih oleh Undang Yang Empat.
Prinsip Adat Perpatih menyebut:
“Raja Menobatkan Undang, Undang Melantik Raja.”
Inilah yang menyebabkan isu ini jadi sangat sensitif. Undang memang ada kuasa melantik, tapi adakah mereka mempunyai kuasa mutlak untuk memecat tanpa mengikut prosedur yang betul? Itulah yang menjadi perdebatan hangat sekarang.
Apa Status Sekarang?
Setakat ini, Istana Besar Seri Menanti masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Rakyat kini tertanya-tanya, adakah “muafakat” dalam Adat Perpatih masih utuh, atau Negeri Sembilan sedang menuju ke arah krisis perlembagaan yang lebih besar?
Sama-sama kita tunggu perkembangan lanjut. Apa-apa pun, diharapkan kemelut ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik demi kedaulatan adat dan negeri.
Sumber: Sinar Harian (1)(2), Malay Mail

3 hours ago
4






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)









![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)








