yana najib bapa dipenjara kecewa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum terhadapnya untuk menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Susulan keputusan tersebut, anaknya, Nooryana Najwa atau lebih mesra dikenali sebagai Yana Najib telah meluahkan rasa sedih dan kecewanya di atas keputusan itu menerusi IG story.

Menurutnya Yana, beliau tidak dapat membayangkan perasaan bapanya apabila menerima keputusan mahkamah tersebut.

So so sorry daddy. 

“Tak boleh bayangkan perasaan daddy at this moment. Banyak sabar, k? We live to fight another day, as always… Jaga kesihatan daddy, that’s the most important thing,” tulisnya.

Artikel berkaitan: Najib Razak Luah Rasa Pilu, Tak Dapat Tengok Anak Kahwin & Sambut Kelahiran Cucu

Artikel berkaitan: “Isu tahanan rumah tidak pernah dibincang. Titah Adendum bukan perintah sah” – Hakim Mahkamah Tinggi

side

IMG 8703

Dalam pada itu, Yana juga dilihat berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan berita mengenai kes melibatkan bapanya, termasuklah sebuah berita daripada Astro AWANI berkenaan tukang masak peribadi Datuk Seri Najib yang tidak sabar untuk masak sup kicap iaitu makanan kegemaran bekas PM itu.

tukang masak

Terdahulu, dalam keputusan dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Loke Yee Ching mendapati Titah Adendum berkenaan tidak dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 pada 29 Januari tahun lalu.

Sumber: Astro AWANI, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.