mak jah rosyam nor

Siapa tak kenal dengan Mak Jah atau nama sebenarnya, Maimunah Ahmad, 76 yang terkenal sebagai pelakon sampingan di kebanyakan drama yang ditayangkan di kaca televisyen.

Baru-baru ini, pelakon tersebut muncul dalam sesi audio siar ‘Hitam Putih Kehidupan’ yang mana Datuk Rosyam Nor dan Erra Fazira menjadi pengacara rancangan itu.

Mak Jah mendedahkan suka duka serta penderitaan yang dilaluinya sepanjang kehidupan rumah tangga apabila mendakwa ‘digantung tidak bertali’ selama hampir 15 tahun.

mak jah

Menurutnya lagi, demi kelangsungan hidup dan menyara anak-anaknya, Mak Jah terpaksa bekerja sebagai jurusolek artis.

Artikel berkaitan: “Datuk kena buat macam ni” – Caprice Bergurau Dengan Rosyam Nor, Netizen Syak Macam Sindir Seseorang?

Artikel berkaitan: “Nama pun lelaki” – Beri Pendapat Rumah Pelacuran Perlu Di Malaysia, Kenyataan Rosyam Nor Dikritik Ramai

“Tak bersama kena pukul” 

Namun dalam satu keratan video audio siar tersebut, Mak Jah ada menceritakan saat di mana dia telah dipukul oleh suami kerana enggan ‘bersama’.

Dia pukul saya. Saya tak nak ‘itu’. Dia pukul saya Datuk. Aduh… di situlah saya takut. 

“Dah dekat dua minggu ke tiga minggu, saya takut sangat dengan dia,” kata Mak Jah.

Namun, jawapan balas daripada Rosyam terhadap cerita Mak Jah membuatkan rata-rata netizen tergamam dan menuduh pelakon lelaki itu tiada empati.

Alah anak tiga juga!” kata Rosyam.

Mak Jah juga bercerita yang dia terpaksa reda dengan apa yang terjadi dan cuba berbuat baik dengan suaminya, namun lama kelamaan dia makin tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang suka memukul dan tidak pernah memujuk dirinya.

@suhanchannelofficial

“Tak bersama kena pukul…” Setiap hari Ahad | 9.00 malam 📍Jangan lupa follow & tonton kami di: • YouTube Suhan Channel • ⁠YouTube AC GAS TV • ⁠Spotify Suhan Channel @Rosyam Nor @Fazira Wan Chek @ACGAS TV @CEO TONG GAS RINGAN #Podcast #Hitamputihkehidupan #Musim6 #ACGAS

♬ original sound – Suhan Channel Official – Suhan Channel Official

“Nak jadi pengacara atau host ni kena ada ADAB dan ILMU” 

Video tersebut telah menerima kecaman netizen yang mana rata-rata menegur sikap Rosyam dalam mengendali podcast tersebut.

Netizen juga meminta Rosyam untuk berempati dengan apa yang dilalui Mak Jah yang mana pelakon itu didakwa berhadapan dengan keganasan rumah tangga.

r 1 down

Sumber: mStar, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.