dai wan tegur dma islam kalah tinju

Pertarungan tinju yang menyaksikan kekalahan pempengaruh kontroversi DMA Islam telah menjadi sorotan netizen sejak malam tadi, termasuk pendakwah bebas Da’i Wan.

DMA Islam sebelum ini lantang bersuara di media sosial, namun tewas kepada pencabarnya yang juga pempengaruh Abang Koroy selepas hanya dua minggu latihan.

Artikel berkaitan: DMA Islam Luny*i, Tewas Di Tangan Abang Koroy Dalam Pertandingan Tinju

Artikel berkaitan: “Yang dia guna media sosial itu apa?” – Pensyarah ‘Sekolahkan’ Pempengaruh Label Jurusan Masscomm, Teater B*doh

dma islam

Melihat keputusan perlawanan itu, Da’i Wan menegur secara terbuka kepada pempengaruh terbabit mengenai sikap dan akhlaknya.

Menurut Da’i Wan, kekalahan itu bukan sekadar kekalahan di gelanggang, tetapi ia isyarat supaya menilai semula sikap dan perwatakan yang dibawa selama ini di media sosial.

“Dari kekalahan ini, saya harap DMA mula berubah sikap atau attitude ke arah yang lebih baik. Buktikan dulu sumbangan kepada masyarakat dan umat.

“Semoga selepas ini kenal erti tunduk dan hormat lebih dari show off Masculinity. Ini hanyalah titik-titik pengalaman kehidupan kalian,” tulisnya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati supaya pempengaruh terbabit meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya selama ini.

“Adab & sopan santun adalah pemenang kepada kerendahan hati dari orang yang sebenarnya memang hebat, tetapi dia tak pernah rasa nak menunjuk kehebatan diri dia,” ujarnya.

Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Abang Koroy di atas kemenangan tersebut.

Tambahnya lagi, sukan tinju ini sepatutnya menjadi medan menghubungkan silaturahim, bukan tempat menunjuk ego.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.