“Suami saya, pilihan saya” – [VIDEO] Tular Duduk Atas Tengkuk Isteri, Wanita Tampil Pertahankan Suami

7 hours ago 5

Di laman Threads sejak kebelakangan ini, tular satu video memperlihatkan ragam sepasang suami isteri yang mendatangkan rasa kurang senang di hati netizen.

Kandungan video tersebut memaparkan si isteri membuat unboxing untuk blind box yang dibeli olehnya, namun begitu, wanita tersebut dilihat berasa rimas dan geram kerana ‘diganggu’ oleh suaminya yang bersikap agak pelik.

Dapat diperhatikan suami wanita itu melompat duduk di atas tengkuk isterinya dan si isteri pula dilihat seolah-olah menahan rasa marah sebelum membiarkan suaminya melakukan review.

Artikel berkaitan : “Kuku panjang penuh..” – Cik Epal Dikecam Tayang Video Staf R&D Piza Mendonia

Artikel berkaitan : “Sedangkan Agong tabik hormat” – Watie Dikecam Guna Jalur Gemilang Buat Libas Punggung Thalita

“Anak aku autism, lagi well mannered”

Dalam masa 2 hari ia dimuat naik, perkongsian tersebut telah meraih 3,600 perkongsian, lebih 1,700 tanda suka dan hampir 4,000 komen diberikan.

Screenshot 2025 09 09 144433 Screenshot 2025 09 09 144612

Boleh tengok video penuh di sini

Kebanyakan netizen meninggalkan komen teguran dan kecaman terhadap sikap serta tingkah laku suami wanita itu sehinggakan ada yang memberi perlian sinis terhadap suaminya.

suami aktif suami aktif 2 suami aktif 3 suami aktif 4

“Suami saya, pilihan saya, semoga tak berbalik kepada awak”

Terpanggil dengan segala kritikan dan sindiran yang dilemparkan netizen terhadapnya, wanita tersebut yang dikenali sebagai Amy Fatnin tampil memberikan respon dan mempertahankan perbuatan suaminya itu.

Tegasnya, dia tidak mampu memberikan sebarang reaksi dengan komen yang diberikan netizen, sama ada mahu ketawa atau ambil berat dengannya. Katanya, dia menerima bermacam-macam jenis komen termasuklah komen tanggapan buruk netizen terhadap suaminya itu.

Malah Amy turut menegaskan bahawa suaminya itu adalah pilihannya dan jika ada yang tidak berpuas hati dengan sikap lelaki itu, ia adalah masalah orang tersebut.

Screenshot 2025 09 09 150444

Menjengah ke ruangan komen untuk kenyataan ini, rata-rata netizen mempersoalkan semula tindakan Amy memuat naik video kandungan sebegitu hingga mengundang kritikan netizen.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |