Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang kisah hibah yang diberikan kepada seorang balu setelah suaminya meninggal dunia ditukarkan menjadi pembahagian harta faraid kerana keluarga arwah suaminya tidak bersetuju apabila polisi hibah yang berjumlah RM1 juta itu hanya dimiliki oleh isteri arwah.
Difahamkan, keluarga arwah suami wanita itu telah membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Sivil dan mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa hibah itu tidak sah.
Untuk pengetahuan semua, keputusan mahkamah itu dibuat tanpa kehadiran balu dan wanita berkenaan juga tidak tahu tentang kes tersebut sehingga lah keputusan itu dibuat.
Terkini, perkongsian daripada Shahrulsabri98 menerusi platform media sosial Thread, rupa-rupanya isteri arwah yang telah menyambung pembayaran polisi tersebut sehingga lah suaminya meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: Baru Terima Hibah RM1 Juta, Isteri Tak Tahu Keluarga Mentua Menang Tukar Wang Pampasan Kepada Faraid
Artikel berkaitan: Hilang Hak Atas Harta Suami Lepas Meninggal, Ini 5 ‘Sengsara’ Para Isteri Perlu Ready
Menurut perkongsian individu tersebut, ketika arwah suami wanita itu sakit, waris suaminya itu telah membawa lelaki itu ke pejabat insurans AIA untuk membatalkan polisi yang telah diambil oleh arwah untuk isterinya dengan alasan arwah ketika itu tidak mampu membayarnya.

Namun, nasib baik pada ketika itu pihak AIA telah menolak permohonan untuk membatalkan polisi itu kerana arwah ketika itu sakit dan tidak mampu membuat keputusan dengan waras pada ketika itu.
Susulan itu, isteri arwah kemudiannya telah menyambung bayar polisi yang diambil oleh suaminya itu sehinggalah suaminya itu meninggal dunia.
Selain itu, Shahrul Sabri yang juga merupakan adik ipar arwah juga turut berkongsikan kronologi kes hibah takaful ini.
Dalam masa yang sama, individu ini turut berkongsikan cara untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku.
Selain itu, difahamkan, isteri arwah akan memfailkan rayuan kes ini di mahkamah pada minggu hadapan.
Sama-sama kita doakan agar urusan beliau dipermudahkan.
Sumber: Thread shahrulsabri98