Impian dan harapan pelajar yang memperoleh PNGK 4.0 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) lalu berkecai apabila permohonannya ke 6 buah universiti awam dalam bidang perakaunan ditolak.
Namun, luahan kekecewaannya yang dibuat menerusi Facebook telah tular dan menarik perhatian Presiden MCA, Wee Ka Siong, yang hari ini bersama individu tersebut, Edward Wong pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan : GSF Sahkan Salah Satu Kapal Yang Membawa Peserta Misi Sumud Flotilla Diserang Dron Di Tunisia
Artikel berkaitan : Penuh Ulat, Universiti Malaysia Sabah Sahkan Berlaku Pencemaran Dalam Tangki Air Di Kolej Kediaman
Nak sama tempat dengan kakak di UM
Menurut Wong, dia berharap agar dapat melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di Universiti Malaya (UM) di mana ia adalah tempat yang sama dengan kakaknya yang baru sahaja tamat pengajian.
“Realiti sekarang mengecewakan, ada yang meragukan keupayaan saya, ada yang tak percaya, ada yang kata tak boleh tolong. UM sentiasa menjadi matlamat utama saya.”
“Sejauh mana kami perlu cemerlang untuk boleh memilih (kursus pengajian diminati).”
Hanya satu tawaran bidang lain di USM
Tegas Wong lagi, dia akan terus berusaha untuk membuat rayuan agar impiannya tercapai. Dalam pada itu, Wee menyatakan bahawa amat malang buat seorang pelajar cemerlang STPM seperti Wong dinafikan peluangnya untuk menyambung pengajian dalam bidang yang diminati.
Di samping tiu, Wee merayu agar pihak UM dapat mempertimbangkan permohonan Wong. Menurut Wee, ketika ini, remaja tersebut hanya ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan di Universiti Sains Malaysia (USM).
“Beliau merupakan pelajar yang dapat keputusan cermelang PNGK 4.0, pembabitan kokurikulum 9.9/10, bermaksud dengan jumlah markah diperolehi pun masih gagal untuk dapatkan kursus perakaunan.
“Beliau mengambil mata pelajar perakaunan, ekonomi, pengajian am dan ICT, semuanya dapat A.”
“Namun malangnya tidak diterima melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di universiti awam yang dimohon.”
Tambah Wee, antara enam universiti yang dimohon oleh pelajar tersebut untuk sambung belajar dalam bidang perakaunan ialah UM, USM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Malah, berdasarkan keputusan itu, Wee berkata, pelajar berkenaan sepatutnya layak mengikuti kursus pengajian perakaunan. Tegasnya, ada pelajar yang mendapat PNGK 3.8 diterima menyambung pengajian dalam bidang perakaunan berbanding Wong yang terpinggir.
“Kita rayu UM kasihan pada dia, ini bukan soal kaum,” kata Wee lagi.
Sumber : Malaysia Kini