caj perkhidmatan bank 8

Bermula 1 Julai ini, semua bank di Malaysia akan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 8% ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang dikenakan yuran dan komisen.

Memetik laporan Bernama, pelaksanaan ini dilakukan secara berperingkat selaras dengan pewartaan dan garis panduan oleh Kementerian Kewangan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurut kenyataan bersama Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA), pelaksanaan cukai perkhidmatan ini adalah sebahagian daripada peluasan skop cukai perkhidmatan yang telah diwartakan baru-baru ini.

Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana perkhidmatan asas kekal dikecualikan daripada cukai ini.

Artikel berkaitan: Kerajaan Bakal Lancar Aplikasi MyGOV Malaysia, Himpunkan Semua Perkhidmatan

Artikel berkaitan: Ini Senarai 11 Barang Yang Tidak Akan Dikenakan Cukai SST

WhatsApp Image 2022 01 27 at 4.0

“Sebagai contoh, caj berkaitan akaun simpanan dan semasa, termasuk untuk perkhidmatan asas kepada orang ramai, tidak akan dikenakan cukai, sama ada bagi perbankan konvensional mahupun Islam,” katanya.

ABM, AIBIM dan MIBA turut menasihati pelanggan bank untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada institusi perbankan masing-masing mengenai perincian pelaksanaan cukai perkhidmatan ini.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa maklumat terperinci akan dikemas kini menerusi saluran rasmi bank bagi memastikan pelanggan dimaklumkan dengan tepat mengenai sebarang perubahan atau pengecualian yang berkenaan.

Menurut laporan, pelaksanaan cukai ini dijangka memberi kesan kepada beberapa jenis perkhidmatan perbankan bukan asas seperti pemindahan dana rentas sempadan, transaksi pelaburan, pengeluaran laporan khas dan perkhidmatan nasihat tertentu.

Jelasnya, langkah ini adalah untuk memperluas asas cukai negara tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah.

Ia juga sebahagian daripada usaha kerajaan menyokong matlamat konsolidasi fiskal jangka sederhana.

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.