Anak kepada usahawan, Datuk Seri Vida iaitu Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih mesra dengan panggilan Cik B ada kongsikan pengalaman seramnya ketika dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Ipoh.
Jelasnya kepada audio siar Sembang Seram, dia menyatakan bahawa dia pernah masuk ke alam bunian, katanya ia berlaku kira-kira jam 2 pagi. Katanya lagi, kejadian itu berlaku ketika dia baru pulang menemani ibunya untuk menguruskan hal kerja di Kelantan.
Artikel berkaitan : “Buat di rumah, tak ada alkoh*l” – Kongsi Video Berparti, Cik B Tampil Bagi Penjelasan
Artikel berkaitan : “Mak makcik baru meninggal dunia” – Niat TikToker Nak Interview Seorang Makcik Berubah Jadi Sebak
“Dalam perjalanan pulang tu ada ‘roadblock’, mereka pesan jangan seronok sangat. Sejam selepas itu, kereta terlanggar sesuatu dan bunyinya sangat kuat.”
“Saya tidak keluar periksa kereta sebab kami berada di hutan dan waktu pun sudah malam. Kami bawa kereta perlahan-lahan dan saya nampak restoran bernama Nasi Ayam Malaysia.”
Kata Cik B, restoran tersebut terletak di atas bukit dan ia dipenuhi dengan orang awam bahkan jelasnya, ada yang menghiburkan diri mereka dengan berkaraoke lagu Kuda Kepang. Jelasnya lagi, restoran tersebut juga terletak di sebelah gaung.
“Kami berhenti di restoran itu dan periksa tayar. Tiba-tiba ada bau macam bangkai tikus. Mereka yang berada di restoran tidak pandang kami langsung. Dekat kedai itu juga tiada kenderaan walaupun ramai orang. Mak cik saya lalu tempat yang sama tapi dia memang tidak nampak kedai makan itu.”
Boleh dengar cerita penuh di sini…
@sembangseramNasi ayam Malaysia eh ? Korang pernah nampak ke tak? Cuba bgtahu sikit geng #CikB #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #Kisahhantu #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast
♬ original sound – sembangseram – sembangseram
Seriau pula bila dengar.
Sumber : TikTok