Tiga orang dilaporkan maut selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Pulau Perhentian, Terengganu pada malam tadi.
Difahamkan, bot itu dinaiki oleh 15 orang penumpang dan seorang pemandu bot dan bot berkenaan terbalik selepas berlakunya ribut di hadapan di sebuah resort di pulau tersebut, lapor Berita Harian.
Seorang mangsa pula dilaporkan berada dalam keadaan kritikal manakala lapan lagi cedera.
Artikel berkaitan : “Berat dugaan” – Bot Karam Pula Masa Bawak Mangsa Banjir, Siap Ada Anak Kecil Lagi!
Artikel Berkaitan: Bot Regata Karam, 5 Mangsa Ditemukan Lemas Di Muara Sungai Sarawak
Kejadian tersebut berlaku pada jam 11.48 malam dan tiga lagi penumpang bot itu pula dilaporkan terselamat.
Menurut Sinar Harian, tiga mangsa yang maut itu ialah seorang lelaki dewasa dan dua orang kanak-kanak.
Kejadian dipercayai berlaku apabila cuaca buruk dan ombak kuat telah menyebabkan bot tersebut hilang kawalan.
Difahamkan lagi, bagi membantu siasatan, pemandu bot itu ditahan reman oleh pihak polis kerana didapati positif dadah.
Sumber: Berita Harian