Tindakan segelintir individu dan ejen tidak bertanggungjawab yang menawarkan visa Mujamalah tanpa pengesahan sah disifatkan sebagai haram dari sudut syarak dan bertentangan dengan ajaran Islam, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Menurut beliau, perbuatan memperdaya orang lain demi meraih keuntungan adalah bentuk penipuan yang jelas dilarang oleh agama dan tidak boleh dipandang ringan, khususnya oleh umat Islam yang ingin menunaikan ibadah haji atau umrah.
Mana-mana pihak yang menggunakan tipu helah untuk mengaut keuntungan peribadi daripada hasrat murni orang lain telah melakukan perbuatan yang dilarang dan berdosa besar.”
Tegas beliau, penawaran visa Mujamalah oleh pihak tidak bertauliah bukan sahaja melanggar undang-undang negara malah merupakan bentuk kezaliman kerana mengambil hak orang lain secara tidak sah.
Terdahulu, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali menggesa orang ramai agar lebih berhati-hati susulan langkah Kerajaan Arab Saudi mengetatkan pengeluaran visa Mujamalah kepada rakyat Malaysia.
Sumber: Malaysiakini
Baca: Rombongan Jemaah Haji Warga Emas Dirempuh Kenderaan Tentera Israel