Satu perkongsian daripada seorang remaja perempuan telah mengundang perhatian netizen kerana bertindak menayang kekasihnya yang umur jauh lebih tua daripadanya.
Ia sekaligus menimbulkan kerisauan ramai netizen kerana berdasarkan perkongsian daripada gadis tersebut, mereka dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta sejak si gadis berumur 13 tahun.
Artikel berkaitan : Temui Petunjuk Baharu, Polis Siasat Suspek Culik Albertine Leo Mungkin Seorang Pedofilia
Artikel berkaitan : Wanita Terpaksa Gugur Anak Ke-3 Lepas Tahu Suami Pedofilia, Bapa Pernah ‘Usik’ Anak Sulung Perempuan
Dalam ruangan komen video TikTok yang kini dipercayai telah diturunkan, gadis tersebut mendakwa bahawa lelaki itu seorang yang bertanggungjawab dan tidak pernah ambil kesempatan.
Perkongsian itu kemudiannya tular di platforrm X dan ia sekaligus mengundang rasa bimbang netizen. Bahkan, ada juga yang anggap bahawa ia bukanlah satu perkara yang perlu diperbesarkan.
Difahamkan perkongsian itu juga telahpun dipadamkan. Jika dilihat jawapan netizen, ramai yang memberikan penjelasan merangkumi pelbagai aspek termasuklah dari aspek undang-undang mahupun aspek agama.
Sumber : X