Dunia sekali lagi dikejutkan dengan berita yang menyayat hati dari bumi Palestin. Di saat konflik yang tidak berkesudahan terus menghantui rakyatnya, satu lagi keputusan drastik yang penuh kontroversi telah diambil oleh pihak berkuasa Israel.
Baru-baru ini, Israel dilaporkan telah meluluskan satu undang-undang baharu yang membenarkan hukuman gantung sampai mati dikenakan ke atas rakyat Palestin yang disabitkan kesalahan melakukan serangan maut terhadap warga Israel.
Langkah ini dilihat sebagai salah satu usaha paling keras yang pernah diambil, menggantikan polisi-polisi sebelum ini yang lebih banyak tertumpu kepada hukuman penjara.
Artikel berkaitan: Serangan Israel-AS Terhadap Iran, China Gesa Gencatan Sejata Segera
Artikel berkaitan: “All lies” – Wanita Israel Terkejut, Media Negaranya Lapor Dia Sudah Meninggal Dunia Ketika Protes Di Iran
Apa yang lebih mengejutkan dan membangkitkan kemarahan adalah kemunculan satu video tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, kelihatan tersenyum lebar dan ceria.
Tanpa segan silu, beliau dilihat merai-raikan pelulusan undang-undang hukuman mati ke atas rakyat Palestin tersebut dengan membuka dan meminum air champagne. Tindakan ini dianggap sebagai satu provokasi yang amat menyakitkan hati dan menunjukkan ketiadaan sifat kemanusiaan.
Walaupun pihak Israel mendakwa ini adalah satu bentuk “pencegahan”, namun komuniti antarabangsa dan pejuang hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan yang amat mendalam.
Meninjau ke ruangan media sosial, rata-rata netizen dari serata dunia, termasuk Malaysia, tidak dapat menyembunyikan rasa marah dan kesedihan mereka. Tindakan meraikan undang-undang yang bakal meragut nyawa manusia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.


16 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















