Nama Umisya Mazlan, isteri pertama kepada individu bernama Aslam, sekali lagi menjadi sebutan hangat netizen selepas beliau memuat naik beberapa hantaran di Threads yang cukup mengejutkan. Selepas sekian lama mendiamkan diri daripada kemelut rumah tangga yang tular, Umisya akhirnya memilih untuk menjernihkan keadaan demi maruah diri dan anak-anak.
Menerusi hantaran tersebut, Umisya menegaskan bahawa beliau sudah serik dengan segala fitnah dan hinaan yang dilemparkan oleh orang ramai. Apa yang lebih menyedihkan, anak-anaknya yang masih kecil turut terkena tempias akibat campur tangan pihak luar.
Artikel berkaitan: “Terlalu kejam lidah manusia” – Umisya Hilang Sabar, Tampil Beri Respon Lepas Dituduh ‘Gaslight’ Orang
Artikel berkaitan: “Kenapa tak suruh Aslam minta maaf kat saya?” – Abby Abadi Respon Netizen Yang Suruh Dia Minta Maaf Pada Umisya
“Saya sama sekali dah serik dan tak nak masuk campur dengan hal peribadi isu rumah tangga suami saya dengan pihak sana, anak saya yang masih kecil dan tidak berdosa dalam hal ini, terkena tempias juga,” tulisnya.
Menjawab persoalan netizen kenapa beliau pernah memulakan ‘perang’ di Twitter (X) sebelum ini, Umisya mendedahkan bahawa tindakan itu sebenarnya dibuat atas permintaan keluarga pihak ketiga tersebut.
Tujuannya hanyalah satu iaitu dengan harapan hubungan sulit suaminya dengan pihak sana dapat dihentikan. Namun, apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya apabila isu lama terus dibangkitkan sehingga menimbulkan fitnah.
Paling mengejutkan, Umisya turut memperbetulkan fakta mengenai status perkahwinannya sebelum ini. Beliau mendedahkan bahawa mereka sebenarnya pernah bercerai sebelum ini gara-gara pelanggaran taklik.
“Saya dilafaz taklik yang mana disebutkan, ‘kalau kau bercakap pasal ini lagi kita bercerai’. Oleh sebab saya melanggar taklik itu, maka kami berpisah,” tulisnya lagi.
Beliau menegaskan perpisahan tersebut bukan disebabkan hal lain seperti yang digembar-gemburkan di media sosial, sebaliknya adalah isu dalaman taklik mereka sendiri.
Walaupun pada awalnya beliau menentang sekeras-kerasnya dan mahu bercerai selepas dikhianati, Umisya mengakui beliau akhirnya memberi peluang kepada poligami ini selepas mendapat nasihat keluarga dan kaunselor.
Kekuatan itu datang daripada statusnya sendiri sebagai seorang anak perempuan yang membesar tanpa figura bapa selama 27 tahun. Beliau tidak mahu anak-anaknya merasai kepahitan yang sama.
Sumber: Threads

12 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















