Kehadiran semula ramai artis veteran di pentas hiburan serta kemunculan program khas melibatkan anak-anak seni baru-baru ini nampaknya mendapat perhatian pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi satu hantaran di media sosial yang kini tular, Ustazah Asma’ memberikan pandangan yang cukup mendalam mengenai fenomena tersebut yang dianggap sebagai sebahagian daripada ujian hidup bagi setiap individu.
Artikel berkaitan: “Jangan dibuat lagi tahun ni!” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend Joget Ambil Duit Raya, Hilang Sopan & Sifat Malu?
Artikel berkaitan: “Boleh jatuh haram ya” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Sasha Abdul Aziz Isu Ketatkan Bahagian Sulit
Ustazah Asma’ menyentuh mengenai trend di mana golongan artis senior dilihat kembali aktif mencari “permulaan baru” dalam bidang seni meskipun sudah berada di hujung usia. Tidak hanya fokus kepada golongan veteran, beliau turut memetik penglibatan anak-anak artis yang kini diberikan platform atau program khas untuk beraksi.
Teguran tersebut bagaimanapun tidak bersifat menghukum, sebaliknya beliau mengajak orang ramai untuk melihat perkara tersebut sebagai satu bentuk ujian, sama seperti ujian yang dihadapi oleh insan lain.
Beliau turut menitipkan doa agar semua pihak terus diberikan kekuatan untuk kekal istiqamah dalam mencari keredhaan Tuhan sehingga ke akhir hayat.
“Itulah ujian untuk mereka, kita juga ada ujian. Moga kita istiqamah dalam hidayah Allah sampai akhir nafas,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa peringatan mengenai “hujung usia” adalah sesuatu yang sangat penting untuk direnungkan bersama.

Sumber: Threads

2 hours ago
3






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















