Ft Cik Epal

Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal ada memuat naik hantaran yang mencuri tumpuan ramai.

Hantaran tersebut merupakan beberapa panduan dan tips tentang cara-cara untuk ‘melawan’ golongan narsistik yang meraih perhatian ramai, dalam masa 2 jam dimuat naik, ia telah meraih 14,000 tanda suka.

Artikel berkaitan: Ada Terima DM Minta Tips, Cik Epal Titip Pesanan Buat Wanita Yang Baru Bercerai

Artikel berkaitan: “Dia punya tak puas hati….” – Cik Epal Tergelak Bila Dituduh Bayar Jason Buat Review Piza Mendonia

“Nak lawan narsistik? Macam mana step ahead?”

Menurut Cik Epal, antara cara yang untuk ‘melawan’ golongan sebegini adalah untuk tidak terlalu ‘melayan’ sikap provokatif individu tersebut. Selain itu, jangan berdebat, hanya diam dan faham dengan ‘kaedah’ yang digunakan.

Screenshot 2026 05 12 162948 Screenshot 2026 05 12 163008

“Dia nak tengok kau terbakar. Kau siram api tu dengan air tenang je.”

Tegas Cik Epal, kaedah seperti ini bukanlah bertujuan untuk menangkan diri daripada melawan si narsistik, tetapi untuk demi menjaga keharmonian diri kerana katanya ketenangan yang kita hadapi itu adalah hukuman yang paling sakit buat si narsistik.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.