Syaz Ft 2026 05 12T150453.706

Dunia media sosial hari ini dikejutkan dengan perkongsian istimewa daripada pempengaruh terkenal, Jofliam atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi, yang secara rasminya memperkenalkan ahli keluarga baharunya kepada umum.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Jofliam memuat naik sekeping foto memaparkan wajah comel bayinya yang dibalut kemas, berserta kapsyen ringkas namun penuh makna: “Assalamualaikum pelengkap keluarga.”

Artikel berkaitan: “Buat main dengan makanan” – Netizen Kecam Jofliam ‘Main-main’ Dengan Doh Piza

Artikel berkaitan: “Walaupun sepatutnya kena banyak rest” – Jofliam Beri ‘Hint’ Dewi Sedang Hamil?

687248330 18052296875565649 2681782951573642800 N

Nama Unik Curi Tumpuan

Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah pemilihan nama buat cahaya matanya itu. Berdasarkan butiran yang dikongsi, bayi lelaki tersebut diberi nama Dylan Asmara Jofliam Bin Muhammad Syuhaimi.

Pemilihan nama ‘Asmara’ dilihat sebagai satu kelainan yang sangat puitis dan klasik, jarang sekali didengari dalam kalangan anak-anak selebriti masa kini.

Dokumen yang disertakan dalam hantaran tersebut turut mendedahkan bahawa si kecil Dylan dilahirkan pada 2 Mei 2026 di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur. Pun begitu, wajah si kecil itu masih ditutup dengan emoji bunga.

Sebagai info, Jofliam berkahwin dengan Dewi April tahun lalu selepas bercerai dengan pempengaruh Murni Mahmud atau lebih dikenali sebagai Cik Epal.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.