Pelbagai makanan unik, produk tempatan dan minuman menarik menghimpunkan pengunjung di MyFood Expo 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dari 7 hingga 9 Mei lalu.
Acara yang dianjurkan oleh Opulence Exhibition Services Sdn Bhd itu turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

MYFood Expo 2026 turut berlangsung bersama International Café & Beverage Show 2026 (ICBS) yang menampilkan pelbagai vendor kopi, minuman serta demonstrasi berkaitan industri kafe dan minuman.

Selain menghimpunkan vendor dari pelbagai negeri termasuk Sabah dan Sarawak, ekspo itu turut menampilkan pelbagai makanan unik dan produk tempatan yang menarik perhatian pengunjung.

Antara yang mencuri perhatian ialah hidangan daging buaya yang dijual di ekspo berkenaan.
“Rasa dia lebih kurang macam daging yang kita makan selalu. Rempah dia pula lebih kepada rempah tradisional Cina, savoury dan ada sedikit rasa herba Cina,” kata Charlie, seorang pengunjung yang ditemu bual di ekspo berkenaan.

Pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti bengkel coklat, sesi demonstrasi makanan dan pameran kopi sepanjang acara berlangsung.

2 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















