Berikutan dengan tular satu foto memperlihatkan pelajar duduk di belebas tingkap asrama, di Serdang baru-baru ini, pihak bomba mejelaskan bahawa pelaku mengalami gangguan keresahan sehingga bertindak di luar kawalan.
Namun tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan telah berjaya memujuk dan menurunkan wanita tersebut dengan selamat.
Artikel berkaitan: “Org jual tu tak perasan ke?” – [VIDEO] Pelajar Asrama Beli Makanan Berbuka, Sekali Dapat Lauk Ayam Mentah
Artikel berkaitan: “Murid itu sekarang selamat” – Calon SPM Terpaksa Redah Banjir Ke Asrama Untuk Duduki Peperiksaan
“BBP Seri Kembangan berjaya menyelamatkan pelajar perempuan berusia 19 tahun di tingkat satu sebuah bangunan asrama di Seri Kembangan.”

Katanya, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 pagi sebelum sepasukan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian. Sebaik tiba di lokasi pada 7.45 pagi, anggota berjaya memujuk mangsa daripada bertindak di luar kawalan..
Menurutnya lagi, mangsa telah diserahkan kepada pusat pengurusan asrama untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 8.06 pagi hari yang sama.
Dalam pada itu, ada seorang pengguna di media sosial mendakwa dirinya sebagai ibu mangsa menyatakan bahawa anaknnya itu mengalami tekanan akibat dibuli.
“Maaf ya, itu anak saya, dia ada anxiety dan dalam rawatan Hospital Serdang selama ini, dia asalnya kena buli, bila terjadi lagi dia macam stress.”
“Dia tak sedar pun dia buat semua tu..maaf ya, terima kasih atas komen semua, doakan anak saya baik-baik sahaja.”
Sumber : Facebook, Harian Metro

55 minutes ago
2































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















