ibu syed saddiq anak dianiaya

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini telah dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Susulan keputusan itu, Syed Saddiq bersama ahli keluarganya termasuk ibu dan bapanya tunduk sujud syukur di lantai mahkamah, diiringi tangisan kegembiraan.

Ibu kepada Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz berkata, penantian selama 5 tahun ini bukanlah satu tempoh masa yang sekejap.

WhatsApp Image 2025 06 25 at 11 1

Artikel berkaitan: [TERKINI] Syed Saddiq Dilepas & Dibebaskan, Ketepi Hukuman Penjara & Sebatan

Artikel berkaitan: Timbalan Pendakwa Raya Dakwa Syed Saddiq Arah ‘Clearkan’ RM1 Juta, Elak Wang Disita SPRM

Dalam nada sebak, Sharifah Mahani berkata, sebagai seorang ibu beliau sedih dengan pelbagai dugaan yang menimpa anaknya.

Katanya, beliau memaafkan pihak yang menganiaya anaknya namun turut memberi peringatan bahawa setiap perbuatan zalim pasti ada balasannya, bukan sahaja di akhirat, malah boleh berlaku di dunia.

“Bagi mereka yang menganiaya anak saya, saya hanya mampu berdoa agar ALLAH SWT memberikan hidayah kepada mereka. Hidup ini sementara, bukan untuk selama-lamanya.

“Janganlah kita aniaya orang lain, kelak balasannya bukan hanya di akhirat, tetapi boleh datang di dunia ini juga,” katanya.

Beliau turut berkongsi rasa syukur dan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak yang sentiasa berada di sisi anaknya sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung.

Terdahulu, tiga panel hakim sebulat suara membenarkan rayuan Syed Saddiq selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.