johnny lim jeneral atm pertama bangsa cina

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Majlis kenaikan pangkat ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar di Wisma Pertahanan pada 23 Jun 2025.

Latar belakang Datuk Johnny Lim

Datuk Johnny Lim merupakan anak kelahiran Melaka mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah St Francis, Melaka dari tahun 1973 hingga 1983.

Artikel berkaitan: “Saya nak cabar diri saya” – Pemegang Ijazah Perakaunan UTAR Antara Yang Lulus Komando

Artikel berkaitan: “Allah gerakkan hati saya” – Anggota Tentera Dipuji, Pertaruh Nyawa Selamatkan 2 Individu Terjatuh Jambatan

3382478

Beliau kemudian mengikuti latihan Pegawai Kadet sebagai Tauliah Jangka Tetap Ke-25 (TJT 25) dan seterusnya telah menjalani latihan di Akademi Tentera Diraja (Sandhurst Royal Military Academy Sandhurst) United Kingdom pada 1986 sebelum ditauliahkan ke Rejimen Renjer Diraja (RRD).

Beliau merupakan graduan Australian Army Command and Staff College dan turut memiliki Ijazah Sarjana daripada University of Canberra serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau juga dikenali dengan kemahiran penguasaan bahasa Korea berdasarkan pengalaman mengikuti pengajian ketenteraan di Korea Selatan serta Sepanyol, kata ATM.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting antaranya:

  • Ketua Jurulatih di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA)
  • Panglima 31 Briged Infantri
  • Inspektor Jeneral Tentera Darat
  • Ketua Staf Markas Pemerintahan Medan Barat

ATM dalam kenyataan memaklumkan, kenaikan pangkat ini juga menunjukkan peluang yang wujud dalam ATM adalah terbuka dan berdasarkan kecemerlangan semasa di dalam perkhidmatan.

“Ini juga diharapkan dapat menarik minat bangsa lain untuk turut menceburkan diri dalam kerjaya keramat ini.

“ATM seharusnya dilihat sebagai contoh terbaik konsep ‘Unity in Diversity’ dan menjadi platform utuh di dalam erti kata perpaduan yang sebenarnya,” tulisnya.

Tahniah!

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.