JPJ Bongkar Senarai Syarikat Bas Ekspres & Pengendali Kenderaan Dengan Saman Tertinggi

7 hours ago 4

Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengumumkan senarai 28 syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mencatatkan jumlah saman tertinggi atas pelbagai kesalahan di bawah Akta 333, Akta 334 dan Akta 715.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, MOT bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 11 syarikat pengendali kenderaan barangan yang mempunyai lebih 1,000 saman tertunggak dan 17 syarikat pengendali bas ekspres yang mempunyai lebih 200 saman.

Antara kesalahan utama syarikat pengendali kenderaan barangan ialah kesalahan teknikal seperti brek dan tayar tidak mengikut spesifikasi, pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran, tiada lesen memandu, membawa lebih muatan serta tiada lesen kenderaan motor atau insurans sah.

Artikel berkaitan: “Saya beri amaran kepada pemandu bas itu, jangan cuba menyatakan sesuatu tidak benar” – Anthony Loke

Artikel berkaitan: “Dia suruh kita pulak bawa bas” – Penumpang ‘Sembur’ Pemandu, Didakwa Bawa Bas Secara Berbahaya

Manakala bagi pengendali bas ekspres pula, kesalahan paling kerap dilakukan ialah memandu melebihi had laju, pelanggaran lalu lintas dan kegagalan mematuhi aspek teknikal kenderaan.

“Pengumuman ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MOT dan JPJ bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya serta langkah untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Berdasarkan statistik dikeluarkan oleh MOT, syarikat pengendali kenderaan barangan, KDEB Waste Management Sdn. Bhd. mencatatkan saman aktif tertinggi berjumlah 22,017.

Manakala, bagi syarikat pengendali bas ekspres, Cepat Ekspres Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang merekodkan saman aktif tertinggi berjumlah 540 saman.

Berikut senarai syarikat pengendali kenderaan dan bas ekspres dengan saman tertinggi:

GuRTyWJagAE8smo GuRTyWKbUAAuvy7

Sehubungan itu, semua syarikat terbabit diberikan tempoh selama 14 hari daripada tarikh kenyataan ini untuk menyelesaikan semua saman tertunggak di mana-mana pejabat JPJ negeri atau cawangan.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil, termasuk menyenaraihitamkan kenderaan syarikat secara serta-merta.

Pihak MOT dan JPJ turut mengingatkan semua pengendali kenderaan agar sentiasa menyemak dan menyelesaikan sebarang saman yang masih belum dijelaskan.

Sumber: Buletin TV3, Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |