Tragedi yang mengorbankan tiga beranak selepas dipercayai dirempuh sebuah lori imigresen dalam satu kejadian di lampu isyarat Jalan Sultan Ismail pada Rabu lalu cukup meninggalkan kesan mendalam buat seluruh masyarakat.
Menerusi perkembangan terkini, keadaan mangsa yang terselamat dalam nahas berkenaan, Norhayati Razali dilaporkan makin stabil.
Mangsa sebelum ini mengalami kecederaan parah, kini telah dipindahkan ke wad biasa selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sudah ketahui pemergian suami dan anak, namun ada kalanya lupa
Abang mangsa, Mohd Nadzri Razali, bersyukur atas perkembangan positif adiknya walaupun dia masih memerlukan pemantauan rapi daripada pihak hospital.
Menurut Mohd Nadzri, adiknya itu sudah dimaklumkan mengenai pemergian suami serta dua anak perempuannya dalam nahas tersebut.
Katanya, Norhayati juga dibawa melihat jenazah mereka sebelum dibawa pulang untuk urusan pengebumian.
“Dia memang dah tahu, tapi kadang-kadang dia lupa semula. Ada masa dia tanya kenapa suami tak datang melawat, anak-anak tak datang,” katanya.
Artikel berkaitan: “Tak sempat ziarah ibu di Semenyih” – 3 Beranak M*ut Dirempuh Lori Imigresen
Artikel berkaitan: Lori Imigresen Didakwa Rempuh Pejalan Kaki & Kereta, 3 Beranak M*ut

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, suami Norhayati, Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuan mereka, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, meninggal dunia di tempat kejadian.
Semasa kejadian, keluarga yang datang dari Kampar itu dilaporkan bercuti untuk menziarahi ibu Shaik Mohd Firdaus di Semenyih, Selangor.
Sementara itu, anak sulung pasangan berkenaan, Siti Nor Shakira, 28, dilihat semakin tenang dan reda menerima takdir kehilangan tiga ahli keluarga serentak, biarpun masih banyak berdiam diri.
Menurut Mohd Nadzri, kawasan perkuburan keluarga itu turut menerima kunjungan ramai kenalan termasuk rakan sekerja arwah dan rakan sekolah anak mangsa.
Sumber: Sinar Harian

8 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















