Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir mengadakan lawatan kerja ke beberapa projek infrastruktur strategik di Kedah melibatkan loji rawatan air dan pembangunan kawasan perindustrian di Koridor Utara.
Antara projek yang ditinjau ialah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling dan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau di Kuala Muda susulan isu bekalan air di Kedah yang semakin membimbangkan, apabila rizab margin bekalan air bersih negeri itu dilaporkan berada pada tahap 0% selama lima tahun berturut-turut sejak 2020.

Menurut kementerian, projek LRA Sungai Limau mengalami kelewatan serius sehingga kontrak asal ditamatkan pada April 2025 selepas kemajuan fizikal hanya mencapai 25.57%. Proses tender semula dijangka dibuat Julai ini.

Sementara itu, projek LRA Bukit Selambau pula mencatat kemajuan 51.28% berbanding jadual asal 58.02%, dengan surat amaran turut dikeluarkan kepada kontraktor.

“Projek sebegini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana kesannya ditanggung oleh rakyat,” kata beliau.
Artikel berkaitan: Isi RON95 Ke Dalam Tangki Kenderaan Berpendaftaran Asing, Stesen Minyak Di Sungai Petani Dikenakan Tindakan
Artikel berkaitan: “Tetamu yang dijemput perlu jadi contoh baik” – JPN Kedah Siasat Isu Sekolah Jemput Pempengaruh Rasmi Majlis
Dalam lawatan sama, Menteri Ekonomi turut meninjau pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) Fasa 5 yang menerima peruntukan RM132.3 juta di bawah RMK12.

Antara sasaran projek tersebut:
- menarik pelaburan baharu bernilai RM50 bilion
- mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi
- pembangunan kawasan seluas 192 ekar
- dijangka siap pada 2029
Menurut beliau, KHTP bukan sekadar kawasan industri tetapi aset strategik negara dalam menarik pelaburan teknologi tinggi ketika ekonomi global tidak menentu.
Kementerian Ekonomi turut memaklumkan pembangunan Koridor Utara akan diperkukuh menerusi projek seperti Chuping Valley Industrial Area (CVIA), Kedah Rubber City (KRC), Kedah Science & Technology Park (KSTP) dan Malaysia-Thailand Border Economic Zone (MY-TH BEZ) bagi merancakkan ekonomi sempadan utara negara.
Sumber: Kementerian Ekonomi

7 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















