Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal baru-baru ini mencuri perhatian apabila mengibarkan bendera Palestin ketika sambutan kemenangan Barcelona menjuarai La Liga pada Ahad.
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, pemain berusia 18 tahun itu mengangkat bendera Palestin sambil disorak oleh para peminat sepanjang perarakan tersebut.
Bagaimanapan, aksi Yamal kurang disenangi beberapa pihak yang dilaporkan telah menghantar surat aduan rasmi kepada Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez, dengan tuntutan supaya tindakan disiplin diambil terhadap pemain itu.
Menteri Pertahan Israel, Israel Katz mendakwa Yamal cuba menghasut kebencian terhadap negaranya.
🇪🇸🇵🇸⚽️ FLASH INFO
Lamine Yamal a brandi un drapeau palestinien en solidarité avec la Palestine pendant le défilé de célébration du titre de champion de La Liga avec le FC Barcelone. pic.twitter.com/U0UOio83NS
— Focus (@FocusinfosFr) May 11, 2026
Artikel berkaitan: Bakal Iktiraf Palestin Sebagai Negara Merdeka, Ini Pendirian Baharu Sepanyol & Norway
Artikel berkaitan: “Semoga selamat sampai” – Kanak-Kanak Barcelona Hantar ‘Cinta’ Dalam Beg Sekolah Buat Rakan Sebaya Di Gaza

PM Sepanyol pertahan Yamal
Sánchez bagaimanapun mempertahankan tindakan Yamal dengan mengatakan bahawa aksi Yamal turut mewakilkan jutaan warga Sepanyol.
“Mereka yang menganggap mengibarkan bendera sebuah negara sebagai ‘menghasut kebencian’ sama ada telah hilang pertimbangan atau dibutakan oleh rasa malu mereka sendiri.
“Lamine hanya meluahkan solidariti terhadap Palestin yang turut dirasai oleh jutaan rakyat Sepanyol. Ini satu lagi sebab untuk berbangga dengannya,” kata Sánchez.
Dalam pada itu, Sánchez turut menegaskan pendirian Sepanyol dalam isu kemanusiaan antarabangsa, termasuk kritikan terhadap tindakan ketenteraan di Gaza yang sebelum ini turut disuarakan oleh kerajaannya di peringkat diplomatik.
Sementara itu, jurulatih Barcelona Hansi Flick berkata dia ‘tidak menyukai’ namun tidak pula mengongkong tindakan Yamal.
Sepanyol antara negara Eropah yang lantang mengkritik tindakan Israel di Gaza, yang turut menjejaskan hubungan antara kedua-dua pihak.
Sumber: Malay Mail

1 hour ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















