Mangsa korban kemalangan jalan raya akibat dirempuh pemandu mabuk warga tempatan di Lebuh Raya MEX semalam dikenal pasti sebagai pempengaruh media sosial di Bangladesh.
Muzahid Mildad, 22, merupakan seorang pencipta kandungan permainan popular di negaranya, Advance Gaming, disahkan meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya bersama isteri, dirempuh ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Isterinya, Nafisa Tabassum Adiba, 23, mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Sebelum insiden malang itu berlaku, pasangan berkenaan yang berasal dari Habiganj, Bangladesh, dilaporkan baru tiba di Malaysia untuk melancong selama seminggu di Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: “Seorang m*ut” – Pegawai Tentera Disyaki Mabuk Rempuh E-Hailing Punca Lebuh Raya MEX Sesak Teruk
Artikel berkaitan: Lelaki Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Selepas Ditegur Buat Bising
Berita kematian Muzahid telah mencetuskan gelombang kesedihan dalam kalangan komuniti permainan dalam talian Bangladesh.
Di media sosial, tanda pagar seperti #JusticeForMuzahid, #JusticeForAdvanceGaming dan #BangladeshDemandsJustice mula tular, dengan ramai menuntut tindakan tegas terhadap pelaku.

Dalam pada itu, bapa saudara Nafisa, Mohibul Hassan, 50, turut menuntut keadilan dan mempersoalkan bagaimana pemandu mabuk boleh berada di jalan raya, serta berharap undang-undang Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya.
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementeriannya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan maut membabitkan seorang pegawai tentera yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.
Sumber: Harian Metro

7 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















