Berbekalkan asas kukuh daripada inisiatif #ThinkTwice TikTok di Malaysia—yang telah mencatat hampir 400 juta tontonan bagi kandungan pendidikan serta lebih 1.4 juta kunjungan ke hab pengetahuan berbilang bahasanya—TikTok kini memperluaskan usaha literasi digitalnya daripada sekadar kesedaran kepada tindakan yang lebih bermakna menerusi pelancaran #ThinkTwice Training.
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam membina komuniti dalam talian yang lebih berpengetahuan, #ThinkTwice Training merupakan siri bengkel ‘train-the-trainer’ yang direka untuk melengkapkan pemimpin komuniti dengan pengalaman praktikal berkaitan keselamatan dalam talian. Antara yang terlibat termasuk ibu bapa, pencipta kandungan, ahli akademik serta organisasi masyarakat sivil.

TikTok merancang untuk melaksanakan bengkel #ThinkTwice Training bersama pelbagai komuniti tempatan sepanjang tahun. Bagi pelancaran sulung, TikTok bekerjasama dengan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan) serta Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE), yang berkongsi pandangan pakar tentang usaha membesarkan generasi digital yang lebih bertanggungjawab.
Firdaus Fadzil, Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia berkata, ibu bapa hari ini mungkin berdepan cabaran untuk mengikuti perkembangan teknologi yang pantas, dan TikTok mahu memudahkan urusan tersebut. Akaun remaja di TikTok dilengkapi lebih 50 tetapan privasi dan keselamatan pra-tetap yang diaktifkan secara automatik, sekali gus membantu ibu bapa tanpa perlu bermula dari kosong. Pada masa sama, #ThinkTwice Training memberi peluang kepada ibu bapa untuk belajar menyesuaikan akaun remaja melalui ciri ‘Family Pairing’ dengan mudah.
Mediha Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan pula menegaskan bahawa kemahiran digital kini merupakan kemahiran asas kehidupan. Apabila ibu bapa dilengkapi dengan ilmu, alatan dan pengalaman yang betul, ia membantu melahirkan generasi remaja yang lebih berdaya tahan dan bertanggungjawab. Beliau turut menekankan bahawa peranan ibu bapa bukan untuk menyekat, tetapi membimbing anak-anak meneroka dunia digital dengan sokongan dan kawalan keselamatan yang sesuai.
Setiausaha Kehormat PAGE, Tunku Munawirah Putra turut menyokong pandangan tersebut dengan menyatakan bahawa ekspresi kreatif memainkan peranan penting dalam perkembangan diri remaja. Selain itu, penyertaan digital juga boleh membawa nilai ekonomi. Justeru, ibu bapa perlu dipersiapkan dengan kemahiran praktikal untuk melindungi pengalaman digital anak-anak, dan platform digital pula harus menyediakan sistem keselamatan yang mudah digunakan serta berasaskan reka bentuk.
Antara sorotan utama sesi #ThinkTwice Training ialah simulasi keselamatan interaktif yang menunjukkan bagaimana ciri keselamatan TikTok membantu ibu bapa melindungi pengalaman digital remaja dalam situasi sebenar. Ini termasuk penggunaan had masa skrin melalui ‘Family Pairing’, tetapan Akaun Peribadi, Mod Terhad serta Mod Penjagaan Pencipta (Creator Care Mode).

Pencipta kandungan TikTok yang juga ibu kepada dua anak, Audrey (@4feet9), berkongsi bahawa latihan tersebut membantunya memahami dengan lebih mendalam alat keselamatan yang tersedia. Menurutnya, menjadi ibu bapa dalam era digital bukan sekadar melarang, tetapi lebih kepada membimbing, berkomunikasi dan bekerjasama dengan anak-anak dalam mengurus risiko secara bertanggungjawab.

Pelatih digital yang juga ibu kepada tiga anak, Sufina (@wfsufina), turut menegaskan bahawa bimbingan dan pendidikan adalah lebih penting berbanding sekadar menyekat akses. Kanak-kanak hari ini semakin bijak, dan jika mereka dihalang daripada platform yang dikawal selia, mereka mungkin beralih ke ruang yang lebih tidak selamat. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan aktif dalam membentuk tabiat digital yang selamat.
Bengkel #ThinkTwice Training juga membimbing ibu bapa langkah demi langkah dalam menghubungkan akaun mereka dengan akaun anak remaja masing-masing. Ini memastikan ibu bapa bukan sahaja memahami fungsi yang tersedia, malah mempunyai keyakinan untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif literasi digital #ThinkTwice TikTok, orang ramai boleh melayari hab pengetahuan berbilang bahasa dalam aplikasi TikTok.

11 hours ago
11






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















