Syaz Ft 2026 04 06T125558.725

Pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila dia kelihatan ‘blur’ dan terpinga-pinga selepas membaca satu komen daripada peminat Malaysia.

Segalanya bermula apabila seorang pengguna Threads meninggalkan komen menggunakan dialek Kelantan yang cukup pekat pada salah satu hantarannya.

Individu yang menggunakan Threads itu dilihat menegur foto Jefri dengan nada bergurau dalam loghat Pantai Timur yang sangat ‘original’.

Artikel berkaitan: “Susah banget ternyata” – Jefri Nichol ‘Turun’ Ke Pontian, Lawat Kilang Kondom

Artikel berkaitan: Lepas Putus Dengan LMK, Jefri Nichol Didakwa Bercuti Dengan Jule Di Bali?

Cats 6

“Jepri bakpo gambar bayange celoh kekeng pulok huk aloh pening bebi,” tulis peminat tersebut.

Kalau diterjemahkan ke bahasa Melayu standard, peminat itu sebenarnya bertanya kenapa bayang-bayang dalam foto Jefri kelihatan berada di ‘celah kangkang’ sehingga membuatkan dia rasa pening (pening-pening lalat/sayang).

Disebabkan perbezaan bahasa yang sangat ketara, Jefri yang tidak memahami maksud ayat tersebut bertindak berkongsi semula (re-quote) komen berkenaan sambil bertanya kepada pengikutnya.

Hantaran Jefri itu pantas mendapat ribuan tanda suka dan repost oleh warga tempatan. Rata-rata terhibur melihat betapa gigihnya Jefri cuba memahami istilah ‘celoh kekeng’ yang jarang didengari oleh orang luar, apatah lagi dari negara jiran.

Ada yang cuba menerangkan secara sopan, tak kurang juga yang sengaja menyakat Jefri dengan maksud-maksud yang lebih melucukan.

Cats 7

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.