Sekumpulan penunggang motosikal di Kelantan telah dikecam warganet kerana berkumpul beramai-ramai di tempat yang tidak sepatutnya iaitu di jalan di hadapan pintu utama Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu baru-baru ini.
Difahamkan, kawasan pintu utama lapangan terbang negeri itu menjadi tumpuan ramai kerana baru sahaja selesai dinaik taraf baru-baru ini dan ia turut menjadi tempat kumpulan penunggang motosikal untuk melepak.
Video kawasan tersebut dipenuhi oleh sekumpulan penunggang motosikal itu telah dirakam oleh orang awam dan telah tular di TikTok.

Sekumpulan penunggang motosikal itu dikatakan bukan hanya melepak malah turut menunggang motosikal melawan arus.
Meninjau ke ruangan komen, ramai penduduk tempatan iaitu rakyat Kelantan sendiri telah mengkritik tindakan sekumpulan penunggang motosikal itu kerana kawasan pintu utama lapangan terbang itu bukan untuk melepak atau bermain motosikal.
Rata-rata warga Kelantan berharap agar pihak berkuasa dan pengurusan lapangan terbang berkenaan akan mengambil tindakan segera atas perbuatan penunggang motosikal ini yang boleh menganggu kelancaran lalu lintas di kawasan lapangan terbang itu.

8 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















