Sebanyak 100,000 liter diesel yang dimiliki oleh sebuah syarikat logistik Malaysia di Sadao, Songkhla, Thailand telah disita oleh pihak berkuasa negara Thailand baru-baru ini.
Memetik laporan Berita Harian, dalam sitaan diesel itu, seorang pekerja warga Thai turut ditahan oleh pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan.
Difahamkan, diesel itu telah disembunyikan di dalam tangki yang terletak di bawah tanah syarikat tersebut dan telah ditemui oleh pihak berkuasa negara itu dalam operasi berkenaan.
Artikel Berkaitan: “Guna kereta EV, carpool, naik basikal” – Ahmad Maslan Kongsi 7 Langkah Tangani Kesan Kenaikan Harga Petrol
Artikel berkaitan: Datuk Ahmad Maslan Kongsi Rahsia Perkahwinan Bahagia Selama 38 Tahun, Ini Tipsnya…
Warga Malaysia merupakan pemilik syarikat tersebut dan sebanyak 100,000 liter diesel itu telah disembunyikan tanpa lesen sah.
Menurut pihak berkuasa wilayah Songkhla, bahan api diesel itu telah didapati dari Malaysia dan mereka percaya diesel berkenaan kemudiannya telah diseludup ke Thailand.
Sumber: Berita Harian

12 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















