Bukan mudah bagi seorang suami untuk melepaskan isteri tercinta berangkat ke kawasan konflik, namun itulah pengorbanan yang dilakukan oleh pelakon Nadzmi Adhwa demi menyokong misi kemanusiaan isterinya, Ardell Aryana.
Menerusi hantaran terbaru di laman Instagram, Nadzmi berkongsi momen hiba memaparkan Ardell sedang memeluk erat anak mereka di dalam kenderaan sebelum berangkat menjalankan misi ke bumi Gaza.
Artikel berkaitan: “Suami isteri hebat” – Rentas Sungai Dalam Keadaan Bahaya, Netizen Puji Nadzmi Adhwa & Ardell Bantu Rakyat Aceh
Artikel berkaitan: “Orang lain-lain kot bro” – Nadzmi Adhwa Tepis Dakwaan Tareq Fit Ibu Bapa Sibuk Kerja, Punca Anak Kurang Didikan Agama
Nadzmi dalam kapsyennya mendoakan agar urusan isterinya dipermudahkan dan berharap misi kali ini membolehkan Ardell menjejakkan kaki ke bumi Palestin.
“Saya dan anak-anak dan keluarga kita semua tunggu awak balik ya. Semoga kali ini awak dapat jejakkan kaki di bumi Gaza. Luruskan niat awak. Kami sentiasa mendoakan awak,” tulisnya.
Apa yang lebih menyentuh hati apabila Nadzmi menyifatkan isterinya itu bukan sekadar pasangan hidup, malah merupakan teman rapat dan seorang soulmate.
Meskipun berat hati melihat anak-anak bakal merindui ibu mereka, Nadzmi tetap memberikan sokongan moral yang padu buat Ardell yang sememangnya dikenali aktif dengan kerja-kerja amal di bawah badan bukan kerajaan (NGO).
Dalam suasana sayu itu, Nadzmi sempat menitipkan pantun ringkas yang sering menjadi gurauan pasangan ini sebagai tanda ingatan buat isteri tersayang.
“Ikan tenggiri, ikan yu. Jaga diri, I love you,” tulisnya di akhir kapsyen.
Rata-rata pengikut di media sosial turut membanjiri ruangan komen dengan doa agar Ardell selamat pergi dan balik, serta memuji ketabahan Nadzmi yang sentiasa menjadi ‘tulang belakang’ di sebalik keberanian isterinya.

Sumber: Instagram

16 hours ago
15































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















