Satu sesi live daripada usahawan Datuk Aliff Syukri bersama anaknya, Ammar Ahyan dilihat menjadi tumpuan netizen kerana sikap anak usahawan itu yang dilihat begitu matang dalam mengupas satu isu.
Dalam live tersebut, Aliff Syukri dilihat berseloroh dengan meminta anak sulungnya itu untuk mengupas isu semasa yang sedang hangat dan menjadi buah mulut netizen.
Artikel berkaitan : Aliff Syukri Mengalah, Bertemu Bonda Rozita Ketika Acara Sekolah Anak
Artikel berkaitan : Wajah Tak Ceria, Aliff Syukri Diarah Bela Diri Berhubung Video Raya Kontroversi
Ketika Aliff Syukri meminta Ammar untuk mengupas isu ‘Telur Masam’ dengan meminta anaknya bertanyakan soal itu kepadanya, Ammar dengan penuh beradab dan sopan menolak daripada menjawab isu tersebut dengan mengatakan ia sangat tidak sesuai untuk si anak menceritakan hal-hal sebegitu dengan ayahnya.
Bagaimanapun, Aliff Syukri tetap ingin mengupas mengenai isu tersebut sebelum dibalas Ammar dengan teguran adalah lebih penting untuk rakyat Malaysia peka dengan isu peperangan di Iran.
“Sekarang ni dunia tengah sibuk pasal peperangan Iran, rakyat Malaysia sibuk nak tahu pasal suami telur dia masam ke tidak, dunia tengah berperang tapi dia orang lebih kisah telur masam ke tak.”
” mcm tk sesuai lah bah” 😌
bagus amar ni at least dia tahu pasal peperangan iran daripada sibuk fikir pasal telur masam ke tak 😭. Tu gunanya education & adab. 👍 pic.twitter.com/LOzlva8ZWW
— 🇲🇾 (@localrkyt) June 24, 2025
Keratan video yang kini sedang tular di X dan telah meraih 707 jumlah perkongsian dalam masa 6 jam ia dimuat naik dan video ini juga telah meraih pujian netizen. Ramai yang menyifatkan Ammar seorang yang sopan dan beradab biarpun ada yang mempertikaikan sikap Aliff bertanyakan soalan-soalan tidak sesuai kepada anaknya sendiri.
Salute Ammar, min pun impressed bila tengok dia sangat matang dalam bab ni.
Sumber : X