ustazah norhafizah tegur kieda crepe

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe dikritik hebat susulan memuat naik video mendedahkan dirinya dijangkiti herpes dan secara berseloroh mengaitkannya dengan suami.

Walaupun usahawan itu telah menyatakan ia hanyalah gurauan suami isteri, namun gurauan yang dipaparkan di media sosial itu terus mencetuskan kontroversi, malah turut mendapat teguran daripada pelbagai pihak.

Artikel berkaitan: “Dia tak handle makanan di kedai” – Risau Penyakit Berjangkit, Pekerja Kieda Crepe Beri Penjelasan

Artikel berkaitan: “Content sekadar hiburan” – Suami Kieda Crepe Respon Teguran Netizen

“Bergurau pun ada batas”

Walaupun video itu sudah berlalu beberapa hari, isu terbabit masih lagi menjadi bualan ramai.

Terbaharu, penceramah terkenal Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa tampil menegur usahawan terbabit kerana bergurau melampaui batas.

Beliau sendiri menyatakan berasa amat malu dan sedih melihat gurauan lucah dipaparkan kepada umum.

“Tolong fikir sebelum bercakap. Bergurau pun ada batas yang kena jaga. sedih tengok segelintir orang yang sanggup viralkan gurauan lucah mereka sendiri.

“Tak terfikir ayat-ayat macam ni boleh keluar dan diviralkan. Tak tahu nak cakap dah… malu sangat mendengarnya. Amat malu!” katanya di Instagram Story.

510486814 17911336944119246 7781

Terdahulu, suami kepada usahawan itu tampil mempertahan isterinya dengan menjelaskan bahawa perkongsian tersebut hanyalah sekadar kandungan hiburan dan tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan mereka.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.