syaz ft 2025 06 18T121248.674

Minggu lalu, kita dikejutkan dengan kemalangan maut melibatkan 15 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak.

Salah seorang mangsa, Muhammad Mustaqim Rosde, 21, merupakan seorang yang berbakat dalam lukisan, tiga lukisannya menarik perhatian ibu bapanya di mana Allahyarham melukis tentang bas, jalan raya dan tulisan kreatif berkaitan kematian.

Artikel berkaitan: Keluarga Mangsa Nahas UPSI Diuji Apabila Scammer Ubah Butiran Bank Ke Akaun Peribadi

Artikel berkaitan: Pelajar UPSI Yang Terkesan Dengan Kemalangan Gerik Tidak Perlu Tunda Semester

Ibu Muhammad Mustaqim, Juariah Abdul Rahman, 48, berkata, dia dan suaminya, Rosde Yaakub, 58, terkejut menemukan tiga lukisan terbabit di dalam bilik tidur arwah anaknya beberapa hari lalu.

WhatsApp Image 2025 06 17 at 14.37.53 b8c478f8

“Tiga lukisan itu merupakan sebahagian daripada lebih 100 koleksi arwah yang tersimpan rapi dalam fail di bilik tidurnya.

“Di belek betul-betul, lukisan sebuah bas dan pemandangan jalan raya berlatar belakang hutan dan besi penghadang jalan itu seakan-akan gambaran kemalangan yang meragut nyawa dia dan rakan-rakannya pada 9 Jun lalu,” katanya.

Ibunya turut berkongsi, satu lagi lukisan tulisan kreatif berkaitan mati yang ditinggal arwah Muhammad Mustaqim membuatnya benar-benar sebak.

Katanya, walaupun kaitan lukisan tersebut dan tragedi berlaku hanyalah kebetulan, ia khazanah berharga peninggalan arwah anaknya yang perlu dijaga rapi sebagai kenangan berharga.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.