“Pakai blue sapphire” – Perkahwinan Al Ghazali Jadi Sebutan, Netizen Puji Maia Estianty Kini Diratukan Suami

6 hours ago 6

Bagi mereka yang lahir pada tahun 90-an, korang pasti membesar dengan lagu-lagu dari band Indonesia seperti Dewa 19 dan juga duo wanita terkenal iaitu Ratu yang menampilkan penyanyi, Mulan Jameela dan Maia Estianty.

Antara lagu-lagu mereka yang menarik perhatian seperti Teman Tapi Mesra dan Lelaki Buaya Darat, namun sayangnya kumpulan ini bubar pada 2007 selepas wujudnya konflik di antara hubungan Ahmad Dhani yang juga vokalis Dewa dengan isterinya, Maia dan juga Mulan yang dikatakan orang ketiga di dalam perhubungan itu.

4b392d3621fa1d441f7beb3a6822eacb

Sejak dari itu, muncul pelbagai gosip mengenai perhubungan ketiga-tiganya sehinggalah Maia bercerai dengan Ahmad Dhani pada tahun 2008 selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga. Ahmad Dhani pula telah mengahwini Mulan yang merupakan sahabat Maia pada tahun berikutnya.

00147570

Artikel berkaitan: “Tak berniat nak nikah dengan dia” – Lepas 10 Tahun Berkahwin, Rupanya Ini Sebab Mulan ‘Rampas’ Dhani Dari Maia

Artikel berkaitan: “Saya haramkan tubuhku menyentuh tubuhmu” – Dhani Ceraikan Maia Talak 3 Melalui SMS Tapi Bukan Sebab Mulan?

Perkahwinan Al Ghazali tarik perhatian ramai 

Namun semuanya berlalu dan anak kepada pasangan ini iaitu Al, El dan Dul, juga sudah meningkat dewasa.

Baru-baru ini, anak sulung Ahmad Dhani dan Maia Estianty, Al Ghazali telah melangsungkan pernikahannya dengan gilang-gemilang. Hadir bersama pada majlis itu adalah Mulan Jameela selaku ibu tiri dan juga Irwan Mussry, suami kepada Maia.

al ghazali dan alyssa daguise 1750064559245 43

Namun yang menarik perhatian ramai adalah apabila Maia dilihat telah diratukan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan apabila dia memakai set perhiasan mewah bertatahkan batu permata blue saphire.

@hyitsme_99

Sangat mengangkat derajat Istrinyaaa. seneng bgt gue lihatnya#alghazali #alyssadaguise #maiaestianty #irwanmussry #fyp #jrmenujualbm1

♬ Jatuh Rapuh – Anggis Devaki

Menurut laporan media Indonesia, set perhiasan yang dipakai Maia itu dipercayai daripada jenama Bvlgari yang lengkap dengan rantai leher, gelang tangan, anting-anting dan kerongsang. Malah harganya pula dianggarkan sekitar RM 3 juta.

Netizen imbas kembali detik Maia diusir Ahmad Dhani 

Mungkin tidak ramai netizen di negara kita ini tahu mengenai gosip dari negara seberang, namun susulan video yang tular itu, netizen di Indonesia mula mengimbas kembali apa yang terjadi kepada Maia ketika dia bercerai dengan Ahmad Dhani.

Menurut Liputan 6, Maia dahulu pernah berkali-kali dihalau Ahmad Dhani dari rumah yang mereka tinggal sehingga berlakunya kekerasan.

@nexus.light

SAYA HARAMKAN TUBUH SAYA MENYENTUH MAIA #maiaestianty #ahmaddhani #fyppppppppppppppppppppppp

♬ suara asli – Nexus🦖 – Nexus🦖

Lebih menyedihkan, dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan ketiga-tiga anak lelakinya iaitu Al, El dan Dul selama 7 tahun lamanya.

Tular juga video yang memaparkan Maia terpaksa memanjat pagar rumah, semata-mata kerana ingin menyambut hari lahir anaknya, Al yang berusia 11 tahun ketika itu.

@random_spil25

sedihh terharu 🥹 #fypシ #fypシ゚ #fypage #fypシ゚ #maia #algazali #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ #fupシforyou

♬ Sampaikan Rindu – Lyodra

Apa-apapun, dari setiap dugaan yang menimpa pasti ada sinar pada akhirnya. Semoga Maia dan pasangan sentiasa bahagia dan selamat pengantin baru Al Ghazali! 

Sumber: TikTok, Liputan 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |