Pihak pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis telah melarang Universiti Harvard untuk mendaftarkan pelajar antarabangsa, malah pihaknya bakal memberikan hukuman yang berat kepada institusi pendidikan elit itu kerana enggan tunduk kepada tuntutan dasar pentadbiran.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS dalam satu kenyataan, Harvard tidak lagi boleh mendaftarkan pelajar asing dan pelajar asing sedia ada mesti dipindahkan atau kehilangan status sah mereka.
Artikel berkaitan : Tidak Seperti Februari Lalu, Pertemuan Presiden Ukraine & Trump Kali Ini Lebih Tenang
Artikel berkaitan : Tengku Zafrul Kata Tak Mustahil iPhone Boleh Cecah Harga Kereta, Kongsi Kesan Kenaikan Tarif Trump
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem mengarahkan jabatannya untuk menamatkan pensijilan Program Pertukaran Pelawat dan Pelajar Harvard (SEVP), kerana keengganan universiti itu untuk menyerahkan rekod tingkah laku pelajar asing yang diminta oleh DHS bulan lepas.
Keputusan itu memberi kesan kepada lebih daripada satu per empat daripada badan pelajar antarabangsa Harvard, yang kini dilanda kebimbangan dan kekeliruan disebabkan pengumuman itu.
Pensyarah di universiti tersebut telah memberikan amaran bahawa amaran penghijrahan besar-besaran pelajar antarabangsa ini akan mengancam kecemerlangan akademik institusi tersebut, walaupun ia menentang pihak pentadbiran demi kebebasan ideologi.
Dalam pada itu, pihak pentadbiran Trump turut melabelkan universiti tersebut bahawa mendaftarkan pelajar asing adalah satu keistimewaan, bukan hak dan menuduh kepimpinan Harvard mengubah institusi itu yang dahulunya hebat kini menjadi pusat penghasut anti-Amerika, anti-Semitik dan pro-pengganas.
“Mereka telah berulang kali gagal mengambil tindakan untuk menangani masalah yang memberi kesan negatif kepada pelajar Amerika dan kini mereka mesti diambil tindakan kerena perbuatan mereka,” kata jurucakap Rumah Putih, Abigail Jackson dalam satu kenyataan kepada CNN.
Harvard dan Trump dilihat berhadapan mempunyi konflik antara satu sama lain selama berbulan-bulan kerana pentadbiran itu sebelum ini menuntut universiti tersebut membuat perubahan pada pengaturcaraan kampus, dasar pengambilan pekerja untuk menghapuskan antisemitisme di kampus dan menghapuskan segala perkara yang dikaikan dengan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman perkauman.
Mereka mendak institut pendidikan itu telah menerima pelajar dan kakitangan asing yang dipercayai menyertai protes kampus yang menimbulkan perbalahan berhubung perang Israel-Hamas.
Bagaimanapun pihak atasan universiti itu membidas bahawa segala arahan, termasuk untuk “audit” “pandangan” pelajar dan kakitangannya itu bukan peranan kerajaan persekutuan untuk masuk campur dan ia mungkin melanggar hak perlembagaan Harvard.
Harvard juga adalah antara puluhan universiti di Amerika Syarikat yang menghadapi tuntutan serupa daripada pentadbiran Trump, tetapi ia telah muncul sebagai pembela paling sengit terhadap akademiknya. Atas pengumuman tersebut, sebilangan pelajar dan kakitangan Harvard dan bimbang nasib mereka universiti itu kerana ramai daripada mereka telah berusaha keras untuk ke situ.
Sumber : CNN