syaz ft 2025 06 18T150629.426

Susulan ketegangan yang kini sedang berlaku di antara Iran dan Israel, pihak Israel menghalang rakyatnya untuk keluar dari negara tersebut.

Menurut Middle East Monitor, kerajaan mengarahkan syarikat penerbangan domestik untuk tidak membenarkan warga Israel menaiki penerbangan keluar, kerana bimbang serangan balas Iran ke atas lapangan terbang Israel.

Artikel berkaitan: Media Iran Laporkan Israel Serang Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan Di Tehran

Artikel berkaitan: Laporan Undang-undang Terhadap Israel Akan Dibentangkan Di Kesatuan Eropah Bulan Ini

Lapangan Terbang Ben-Gurion, yang merupakan pintu masuk antarabangsa utama Israel, telah ditutup, keputusan itu difahamkan berpunca daripada kebimbangan dalam kalangan pegawai keselamatan mengenai risiko kesesakan serta kematian besar-besaran sekiranya Iran bertindak balas dengan menyasarkan lapangan terbang.

cats

Menteri Pengangkutan Israel, Miri Regev berkata pihaknya tidak akan meluluskan rakyat Israel yang ingin keluar dari Israel.

Selain itu dia juga menjelaskan bahawa hanya warga bukan Israel seperti diplomat dan pelancong dibenarkan meninggalkan negara itu.

Difahamkan, ini merupakan larangan keluar negara yang pertama kali dilakukan oleh negara itu, ia susulan Israel yang menyerang lapangan terbang Mashhad, Iran dan negara itu risau jika Iran menyerang lapangan terbang utama mereka.

Sumber: Middle East Monitor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.