KUALA LUMPUR, 18 Jun 2025 — Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (PMM), anak syarikat kepada Philip Morris International (PMI), hari ini melancarkan IQOS ILUMA i di pasaran Malaysia. Inovasi terbaharu ini merupakan tambahan paling inovatif dalam rangkaian produk bebas asap PMI, khusus untuk perokok dewasa akan terus merokok atau menggunakan produk nikotin. Ketika ini, IQOS merupakan sistem pemanas tembakau nombor satu di dunia¹.
“Sebagai peneraju global dalam usaha merealisasikan dunia bebas asap, kami komited menyediakan alternatif berasaskan sains kepada perokok dewasa. Kami memanfaatkan kemajuan teknologi, jenama bertaraf dunia dan keupayaan komersial kami untuk menawarkan pilihan yang lebih baik kepada pengguna. Pelancaran IQOS ILUMA i ini membolehkan kami memperbaharui visi bebas asap kami serta menyokong sasaran untuk menjadikan lebih dua pertiga daripada jumlah hasil bersih kami datang daripada produk bebas asap menjelang tahun 2030,” kata Naeem Shahab Khan, Pengarah Urusan Philip Morris Malaysia & Singapura.
“Dua tahun lalu, pelancaran IQOS ILUMA di Malaysia telah mengubah landskap kategori ini dengan pengenalan teknologi pemanasan induksi yang memanaskan tembakau dari dalam tanpa meninggalkan sisa tembakau dan tanpa perlu mencuci peranti. Hari ini, kami memperkenalkan IQOS ILUMA i — inovasi terkini yang menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih bersih, lancar dan fleksibel.”
Selama lebih sedekad, PMI telah membangunkan portfolio produk bebas asap berasaskan sains yang diterajui oleh IQOS, yang telah memberi kesan positif kepada berjuta-juta perokok dewasa serta orang di sekeliling mereka. Dalam tempoh 10 tahun, IQOS telah menjadi jenama tembakau dipanaskan nombor satu dan mempercepatkan penurunan kadar merokok di banyak negara. Di Jepun, lebih satu pertiga perokok dewasa kini menggunakan IQOS². Berdasarkan laporan kewangan suku pertama 2025, segmen bebas asap PMI menyumbang 42% daripada jumlah hasil bersih syarikat. Kini, produk bebas asap PMI ditawarkan di 95 pasaran global.
IQOS ILUMA i: Inovasi Terunggul dalam Portfolio Bebas Asap PMI
“IQOS ILUMA i merupakan penawaran paling inovatif kami setakat ini dan kini menjadi produk utama dalam rangkaian sistem bebas asap berasaskan haba yang dibuktikan secara saintifik,” kata Oggie Kapetanovic, Presiden Platform Heat-Not-Burn PMI.
“Maklum balas pengguna menjadi pemacu utama inovasi kami dan IQOS ILUMA i adalah bukti nyata terhadap komitmen tersebut.”
Hasil kajian PMI setakat ini menunjukkan bahawa IQOS tidak menghasilkan pembakaran atau asap. Seperti peranti IQOS sebelumnya, IQOS ILUMA i mengurangkan secara purata 95% bahan kimia berbahaya berbanding rokok³. Namun, pengurangan ini tidak semestinya bermaksud risiko kesihatan turut berkurang sebanyak 95%, dan produk ini bukanlah bebas risiko⁵⁶.
Naeem menambah, “Kami telah melabur secara signifikan dalam penyelidikan dan pembangunan untuk menyediakan alternatif yang lebih baik kepada perokok dewasa berasaskan sains yang kukuh. Namun begitu, perubahan yang berkesan memerlukan kerjasama menyeluruh termasuk daripada kerajaan dan masyarakat. Pihak berkuasa perlu mengiktiraf potensi inovasi dan sains untuk membawa manfaat kepada orang ramai.”
Ciri-Ciri Baharu IQOS ILUMA i
Siri IQOS ILUMA i ditawarkan dalam tiga model di Malaysia: IQOS ILUMA i PRIME, IQOS ILUMA i, dan IQOS ILUMA i ONE. Ketiga-tiga peranti ini menampilkan pelbagai ciri baharu yang direka untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Ia mengekalkan pengalaman bersih dan lancar hasil penggunaan teknologi SMARCORE INDUCTION SYSTEM™ tanpa bilah, dengan rekaan moden yang memenuhi pelbagai cita rasa pengguna dewasa.
Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah skrin sentuh pada pemegang peranti, membolehkan pengguna mengakses maklumat penting dengan lebih mudah. IQOS ILUMA i juga memperkenalkan fungsi Pause Mode, di mana pengguna boleh menghentikan dan menyambung semula penggunaan hanya dengan meleret skrin⁷.
Tambahan lagi, IQOS ILUMA i kini dilengkapi fungsi FlexBattery, yang membantu memanjangkan jangka hayat bateri pemegang⁸. Seperti siri ILUMA sebelum ini, semua model menggunakan teknologi pemanasan induksi yang membolehkan pengguna dewasa memilih peranti mengikut keperluan dan gaya peribadi mereka.
Peranti IQOS ILUMA i kini boleh didapati di laman web rasmi IQOS serta di kedai sah di seluruh negara, termasuk Malaysia Timur. Ia juga tersedia di beberapa kedai serbaneka dan stesen minyak terpilih. Pengguna dewasa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini boleh melayari www.iqos.com.
Mengenai Philip Morris International (PMI)
Philip Morris International ialah syarikat barangan pengguna antarabangsa yang komited untuk mewujudkan masa depan bebas asap. Syarikat ini juga sedang memperluaskan portfolionya dalam jangka masa panjang untuk meliputi produk di luar sektor tembakau dan nikotin. Portfolio produk semasa merangkumi rokok dan produk bebas asap seperti tembakau dipanaskan, kantung nikotin dan produk e-vapor.
Sehingga 31 Disember 2024, produk bebas asap PMI telah dijual di 95 pasaran dan digunakan oleh kira-kira 38.6 juta orang dewasa di seluruh dunia. Segmen ini menyumbang 42% daripada hasil bersih keseluruhan PMI pada suku pertama 2025. Sejak 2008, PMI telah melabur sebanyak USD14 bilion dalam pembangunan, pengesahan saintifik dan pengkomersialan produk bebas asap bagi menggantikan rokok sepenuhnya.
Pelaburan ini turut melibatkan pembangunan keupayaan penilaian saintifik bertaraf dunia dalam bidang toksikologi, kajian klinikal dan tingkah laku pengguna serta kajian pasaran pasca pelancaran. Di Amerika Syarikat, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) telah meluluskan pemasaran produk General snus dan ZYN daripada Swedish Match, serta beberapa peranti dan bahan guna IQOS – menjadikannya kelulusan pertama dalam kategori masing-masing. IQOS dan General snus turut menerima status Modified Risk Tobacco Product yang pertama daripada FDA.
Dengan asas saintifik yang kukuh dan kepakaran dalam sains hayat, PMI kini menyasarkan untuk meluaskan penglibatan ke bidang kesihatan dan kesejahteraan, dengan matlamat meningkatkan kualiti hidup melalui pengalaman kesihatan yang lebih menyeluruh.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pmi.com dan www.pmiscience.com.