FT IMAGE LM 6

Sejak semalam, kecoh mengenai kes seorang artis popular lelaki yang dipercayai pelakon dan penyanyi yang diberkas polis susulan kes amang seksual terhadap gadis bawah umur.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan kini hampir lengkap dan kes akan seterusnya akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Screenshot 2025 06 06 at 3.55.24 PM

Artikel berkaitan : Kita tak sangka dia yang terbabit – Presiden Seniman Terkejut Artis Popular Terlibat Kes Amang Seksual

Artikel berkaitan : Posting Caprice Berkenaan Artis Terkenal Terlibat Kes Amang Seksual Tarik Perhatian Netizen, Ramai Mula Berteka-teki

Siasatan awal mendapati suspek dan juga mangsa yang merupakan seorang pelajar, dipercayai mula berkenalan sejak dua bulan lalu.

“(Itu) kali pertama (suspek) bawa mangsa ke hotel, mereka sudah berkenalan dan berhubung dianggarkan dalam satu dua bulan, itu kali pertama mereka jumpa.

“Siasatan mendapati mangsa masih belajar. Suspek sudah ditangkap dan percakapan (suspek) sudah dirakam, buat masa ini (suspek) diberi jaminan polis. katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Mangsa berusia 17 tahun itu dipercayai mula berkenalan dengan artis berkenaan di cafe tempatnya bekerja di Selangor. Selepas sekian lama berkenalan dan sering berbalas mesej, suspek kemudian mengatur pertemuan dengan remaja berkenaan di sebuah hotel di Selangor.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan turut mengesahkan perkara itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.