Pempengaruh media sosial dan usahawan popular, Danial Zain, baru-baru ini meluahkan rasa kesal yang mendalam terhadap persekitaran toksik di platform Threads selepas video promosi restorannya disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Isu ini tercetus apabila video yang asalnya dimuat naik di TikTok dengan elemen parodi terhadap restoran pempengaruh terkenal Khairul Aming, Rembayung telah diambil dan disebarkan semula dengan naratif yang jauh menyimpang daripada maksud asal.
Artikel berkaitan: Pelanggan Restoran Rembayung Kini Boleh Pesan Makanan Untuk ‘Takeaway’
Artikel berkaitan: “Memang banyak kekurangan” – [VIDEO] Tak ‘Perform’ Ketika Mengacara Gegar Vaganza, Danial Zaini Mohon Maaf
Danial menjelaskan bahawa kandungan tersebut sebenarnya dihasilkan sebagai strategi pemasaran kreatif dan rata-rata pengikutnya di TikTok menerima video itu dengan hati yang terbuka serta memahami elemen satira yang disampaikan.
Namun, apabila video tersebut tular di Threads, ia telah dimanipulasi sehingga mewujudkan gambaran negatif terhadap dirinya dan syarikat yang dibinanya. Beliau turut berkongsi perbezaan ketara antara ruangan komen TikTok yang dipenuhi sokongan positif berbanding suasana di Threads yang dianggapnya tidak sihat dan penuh dengan kecaman tidak berasas.
Apa yang lebih mengecewakan Danial adalah tindakan sesetengah individu yang sengaja memuat naik semula videonya semata-mata untuk mengaut keuntungan peribadi. Individu tersebut didakwa menggunakan populariti video tersebut untuk meletakkan pautan affiliate produk jualan mereka, sekali gus mengambil kesempatan atas hasil kerja keras pihak lain tanpa izin.

Memandangkan perkara ini telah menjejaskan reputasi peribadi dan perniagaannya, Danial telah mengambil langkah tegas dengan mendedahkan akaun yang bertanggungjawab memulakan fitnah tersebut. Beliau turut memaklumkan telah menghantar mesej peribadi (DM) kepada pemilik akaun berkenaan untuk menuntut permohonan maaf dan penghapusan video tersebut dengan segera.
Malah, Danial juga menegaskan bahawa beliau bersedia membawa isu ini ke muka pengadilan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Langkah ini diambil sebagai pengajaran agar pengguna media sosial lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya memanipulasi kandungan orang lain demi menjatuhkan maruah atau mencari keuntungan singkat.

18 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















