Tular Warga Emas Hidap Strok Dibiar Bersendirian, JKM Siasat Bantuan Diterima Adik Ipar

14 hours ago 6

Sejak kebelakangan tular satu kisah yang meruntun hati orang ramai apabola seorang warga emas yang dikenali sebagai Pak Din, beliau yang menghidap penyakit angin ahmar (stok) itu dibiar terlantar bersendirian dan tidak terurus di Kampung Bunuh Susu di Pasir Mas.

Ianya selepas pasukan badan bukan kerajaan (NGO) Jejak Jalanan di bawah kelolaan aktivis sosial, Abbe Hae melawat Pak Din dan dikongsikan di media sosial berikutan dengan laporan yang mereka terima oleh penduduk setempat.

Artikel berkaitan: Kes Warga Emas Tular: JKM Akan Pantau Setiap Hari Selama Seminggu

Artikel berkaitan: Warga Emas Uzur Ditemui Dalam Bilik Berlantaikan Tanah, Individu Doakan Moga Ahli Keluarga Bertaubat 

Ada terima bantuan JKM tapi kepada adik ipar?

Susulan itu, kisah Pak Din telah mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) dan Harian Metro melaporkan bahawa Pak Din kini telah berada di Rumah Jagaan Orang Tua di Wakaf Bharu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Che Samsuzuki Che Noh berkata semakan mereka mendapati bahawa warga emas berusia 61 itu ada menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM500 sebulan sejak Julai 2024.

“Bantuan bulanan RM500 untuk Pak Din ini diterima oleh adik iparnya sejak Julai 2024 dan kita akan cuba berhubung dengan waris Pak Din bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung bantuan berkenaan selain soal pengabaian.”

“Setakat ini Pak Din ditempatkan di Rumah Orang Tua di Wakaf Bharu yang dihantar aktivis Abbe Hae. Rumah jagaan berkenaan dikendalikan pihak swasta.”

“Sekiranya tiada masalah berbangkit kita akan kekalkan Pak Din di rumah jagaan berkenaan dan sekiranya ada permintaan lain, kita akan tempatkan Pak Din di Rumah Ehsan JKM di Dungun, Terengganu.”

Tambah Che Samsuzuki, biarpun Pak Din kini berada di bawah kendalian pusat swasta, pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan Pak Din.

“Pada Jun 2024, JKM sudah mendapat kelulusan untuk menghantar warga emas berkenaan ke Rumah Ehsan di Dungun namun terpaksa ditangguhkan disebabkan Pak Din disahkan menghidap Hepatitis A iaitu penyakit yang boleh berjangkit kepada individu lain.”

“Bagaimanapun keputusan saringan kesihatan Pak Din yang terkini pada Disember tahun lalu mendapati beliau sudah bebas dari penyakit berkenaan.”

“Untuk masa ini, kita pantau terlebih dahulu dan sekiranya ada keperluan untuk pindahkan Pak Din, kita akan berbuat demikian dengan kadar segera.”

Sumber : Facebook, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |