Jika anda peminat drama sitkom Keluarga Iskandar pasti kenal dengan watak Acu. Namun, perasan tak, dalam musim ketiga, kelibat pelakon asalnya iaitu Hiera Hassan dah tak ada? Lama berdiam diri, akhirnya tuan badan tampil buka mulut dedah perkara sebenar.
Menurut Hiera, keputusan untuk tarik diri itu dibuat atas kerelaan sendiri selepas satu insiden yang betul-betul buat dia rasa terkilan. Segalanya bermula selepas dia berbincang soal kontrak dan bayaran dengan pihak penerbit.
Artikel berkaitan: “Anak jadi suspek utama” – Kes Kematian Pengarah Hollywood Rob Reiner & Isteri, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu
Artikel berkaitan: Siapa Peminat HIMYM? Sitkom ‘Spin-Off’ How I Met Your Father Kini Dalam Pembikinan
“Pengunduran ini saya buat sendiri dengan rela hati. Kisahnya bermula apabila saya berurusan dengan pihak penerbit, selesai script reading dan berbincang tentang kontrak,” katanya.
Perkara yang dianggap sudah selesai secara profesional, rupa-rupanya ada pula ‘drama’ lain yang timbul di media sosial pada keesokan harinya. Hiera mendakwa ada pihak yang memuat naik hantaran di aplikasi Threads yang seolah-olah menyindir dirinya berkaitan isu bayaran tersebut.
“Namun keesokan harinya, ada pihak memuat naik hantaran di Threads yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan bayaran saya,” katanya.

Apa yang lebih menyakitkan hati, hantaran tersebut menggunakan kata-kata yang agak kasar dan bersifat menghina kerjayanya sebagai seorang anak seni. Antara ayat yang digunakan termasuklah mendakwa Hiera sebagai pelakon yang ‘perasan’ dan tidak layak menerima bayaran tinggi.
“Antara ayat yang digunakan seperti ‘jangan perasan’, ‘kita bukan berlakon di HBO’ dan ‘over value’. Walaupun tidak disebut nama, saya tahu ia ditujukan kepada saya.”
Gara-gara sindiran itu, Hiera mengakui dia terus hilang semangat untuk bekerja. Dia juga sedar kedudukannya yang mungkin tidak sehebat pelakon papan atas yang lain, namun menyifatkan tindakan menularkan urusan sulit syarikat sebagai satu tindakan yang sangat tidak profesional.
“Benda itu adalah perbincangan peribadi dan sulit, tetapi apabila ia jadi tular, saya rasa tidak profesional. Saya tak sedap hati dan rasa tak seronok untuk teruskan.”
Keputusan Hiera ini nyata mengejutkan ramai peminat, namun bagi Hiera, ketenangan jiwa dan maruah lebih penting daripada terus bekerja dalam suasana yang toksik.
Sumber: Threads

17 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















